NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menteri PH pembohong atau lemah matematik?: Najib


Kekecohan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad berbalas Twitter dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berhubung isu gegantung Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) dirancakkan lagi dengan komen bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Sambil mengambil keratan Twitter Khalid dan dikongsi di laman Facebooknya, Najib turut mengeluarkan komen sinis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam itu.

“Saya tidak pasti sama ada menteri Pakatan Harapan itu seorang pembohong, lembab membaca atau lemah matematik.

“Dia kata permohonan hanya untuk 150 gegantung sahaja, tapi terang-terang surat permohonan adalah untuk 1,000 gegantung.

“Siapa yang tak jujur, siapa penipu dan siapa yang memperalatkan agama sebenarnya?” katanya dalam kenyataan di Facebook semalam.

Isu gegantung sempena HPU yang dijadualkan berlangsung selama dua hari bermula esok, mencetuskan pertikaman lidah antara Khalid dengan Mohd Razlan.


Khalid menerusi kenyataannya di Twitternya (makluman oleh DBKL), UMNO hanya membuat permohonan untuk pemasangan sebanyak 150 unit gegantung.

Sedangkan berbeza dengan surat permohonan rasminya yang dikongsi Mohd Razlan menunjukkan permohonan sebanyak 1,000 gegantung.

Sinar







No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo