Untuk memaknakan sambutan Hari Merdeka Malaysia, adalah penting untuk kita meneliti kembali tabiat mentaliti bangsa yang pernah menjadi anak jajahan. Ia merupakan kesan berpanjangan, yang membabitkan identiti serta jatidiri sesebuah bangsa.
Sekalipun penjajah telah 'angkat kaki' dari negara yang dijajah, namun daya fikir yang masih membelenggu anak-anak jajahan tetap tersisa. Apatah lagi penjajahan era moden, bukan semata-mata berlangsung dengan senjata. Bahkan dengan serangan pemikiran.
⚫ Sang Hero.
Di dalam Muqaddimah Ibnu Khaldun, beliau menjelaskan tabiat bangsa yang telah dijajah & dikuasai. Secara umumnya, jika penjajahan itu berjaya menakluk anak jajahan, maka anak jajahannya akan menyanjung penjajah & melangsungkan segala apa yang datang dari gagasan penjajah. Hal ini termasuklah:
• Menganut fahaman ideologi penjajah
• Mengikuti fesyen pakaian penjajah
• Bergantung dengan persenjataan & pertahanan penjajah
• Meniru budaya penjajah.
• Merasa bangga dengan apa-apa elemen yang dikaitkan dengan penjajah.
Ibnu Khaldun mendakwa bahawa sememangnya tabiat manusia, pasti menganggap pihak yang berjaya menguasai mereka sebagai ikutan terbaik. Demikian jugalah logik mengapa seorang anak pasti meniru & menyanjungi ayahnya.
⚫ Penjajah Yang Berjaya.
Melalui tabiat seperti itu, kita boleh merumuskan bahawa kayu ukur kejayaan bagi penjajah bukan sekadar mampu menguasai sesebuah bangsa & wilayah secara kekerasan. Malah, penjajah yang berjaya mestilah mampu mencapai kejayaan mengubah mentaliti anak jajahan mereka secara lunak.
Kejayaan tersebut mampu menukar senario dari anak jajahan yang asalnya membenci penjajah, kepada menyanjungi penjajah. Untuk melangsungkan proses ini, sesebuah penjajah memerlukan masa yang lama untuk meresapkan aspirasi mereka hingga ke tulang hitam anak-anak jajahan.
⚫ Kejayaan British.
Oleh kerana itu kita melihat dalam konteks Malaysia, yang dikutuk hanyalah Jepun & Komunis. Sementara British pula dianggap sebagai sebuah kuasa kolonial yang pernah menaungi kita & menyumbang pelbagai jasa untuk kebaikan Tanah Melayu.
Bermaksud, ternyata British berjaya menjajah & menerapkan aspirasinya ke atas Tanah Melayu. Berbeza pula dengan Jepun & Komunis. Mereka hanya sempat menyerang Tanah Melayu dalam tempoh yang singkat, lalu meninggalkan imej yang buruk di mata rakyat Malaysia.
⚫ Berubah Menjadi Bangsa Yang Malas.
Ibnu Khaldun ada menyatakan berkenaan kesan yang berentetan setelah dijajah. Mana-mana bangsa yang telah dikuasai oleh penjajah, pasti akan terdorong untuk menjadi bangsa yang tidak berdaya saing.
Mereka memiliki mentaliti serba mengalah. Inferior dengan keadaan diri mereka. Sememangnya sikap ini terhasil setelah melalui pengalaman dikongkong oleh penjajah sekian lama.
Implikasi dari tekanan itu, menyebabkan anak-anak jajahan hilang keghairahan untuk membangun. Hilang keyakinan untuk berdiri di atas identiti sendiri. Semua kekaguman diperuntukkan untuk penjajah semata-mata. Mereka meletakkan kebergantungan penuh kepada penjajah, sekalipun penakluk sanjungan mereka itu telah pun keluar.
⚫ Hilang Jatidiri.
Apabila proses tersebut berlangsung, maka akan melahirkan anak-anak jajahan yang sudah tidak malu untuk mengaku sendiri bahawa mereka adalah golongan yang kuno, malas, bodoh & serba tidak boleh dibanggakan. Jatidiri mereka muflis.
Lantas jadilah mereka bangsa yang malas kerana berpanjangan dimomok sebagai bangsa tidak guna. Malah malu dengan identiti sendiri. Ternyata apa yang dinyatakan oleh Ibnu Khaldun, telah dimanfaatkan secara songsang oleh orientalis yang berperanan menerapkan mentaliti kolonialisme ke atas anak-anak jajahan.
Bukan bangsa Melayu sahaja yang dimomokkan sebagai bangsa pemalas. Bahkan mana-mana bangsa yang pernah dijajah oleh British, mereka diterapkan dengan mentaliti yang sama. Kesan tersebut dapat kita saksikan hingga ke hari ini.
⚫ Kiblat Pemikiran & Budaya.
Sesungguhnya agenda sesebuah penjajahan dapat bertahan lama dengan indoktrinasi pemikiran. Sekalipun penjajah telah keluar, namun DNA penjajah masih lagi tersisa & ia amat sukar untuk dihakis secara keseluruhannya.
Mentaliti anak jajahan sehingga kini jelas kelihatan. Antara yang paling jelas adalah, sesama rakyat Malaysia apatah lagi orang Melayu lebih merasa intelek jika berbicara sesama mereka dalam bahasa Inggeris, sekalipun secara 'rojak'.
Sedangkan tiada pun kelibat bangsa berhidung mancung dalam sesi perbualan mereka yang menyebabkan mereka perlu berbahasa Inggeris. Ini antara contoh yang paling mudah kelihatan & ia membudaya ke atas kita samada secara sedar ataupun tidak.
Anwar pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada Khamis. Foto Bernama KU...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment