KUALA TERENGGANU, 17 September – Kolokium bersama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Timur yang melibatkan Terengganu, Kelantan dan Pahang menjadi detik permulaan dalam merealisasikan Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO sebagai kerajaan yang kuat dan sihat.
Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato' Yahaya Ali berkata fokus utama kolokium ini ialah bagi bertukar fikiran dan pengalaman untuk memperkasakan badan legislatif atau DUN di negeri masing-masing.
"Ianya lebih untuk merealisasikan muafakat ummah yang di tandatangani baru-baru ini supaya kerajaan yang dipimpin oleh PAS mahupun UMNO …kita akan usahakan untuk menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan sihat.
"Melalui peranan badan legislatif yang dilihat sebagai rakan kongsi kepada badan eksekutif, ia (DUN) mesti dilihat sebagai pembantu badan eksekutif bagi menguatkan kerajaan,"katanya.
Beliau berkata demikian di siding media Program Kolokium bersama Yang dipertua DUN Pantai Timur (Terengganu, Kelantan, Pahang) serta rombongannya di Dewan Gamelan 3 di Hotel Primula, di sini hari ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat
Turut hadir, Yang Dipertua DUN Kelantan, Dato' Abdullah Yaakub dan Yang Dipertua DUN Pahang, Dato' Seri Ishak Muhamad.
Tambahnya, kolokiom ini akan dilanjutkan di Kelantan dan Pahang pada satu tempoh tertentu dan secara bergilir-gilir bagi memperkasakan sidang dewan melalui perbincangan yang diadakan.
"Apa yang kita bincang pada hari ini lebih kepada soal penyelarasan beberapa perkara yang berkait dengan pengurusan, perjalanan sidang dewan ,bajet, speaker dan seumpamanya.
"Yang pada saya, ada yang baik di Terengganu dan ada yang baik di Kelantan dan Pahang…kita kongsi bersama.Yang boleh kita selarasakan, kita selaraskan sebagai mukadimah dalam memperkasakan ketiga negeri di pantai timur dan Insha Allah akan datang kita libatkan Perlis bersama," ujarnya.
Sumber: https://www.teganukita.net/2019/09/kolokium-ydp-dun-pantai-timur-realisasi.html
No comments
Post a Comment