NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kita perlu rendah diri, bersikap baik - Raja Permaisuri Agong


PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkata, sebagai kerabat diraja, ada banyak perkara yang mereka tidak boleh lakukan, tetapi Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak suka protokol dan larangan itu.
Baginda berkata, sejak berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong 33 tahun lalu, mereka mengamalkan gaya hidup ringkas.

“Apa yang anda lihat sekarang ialah apa yang kami lakukan di Pahang.

“Anda mahu rakyat selesa dengan anda. Dan untuk membuatkan rakyat selesa dengan anda, anda perlu bertenang.

“Itu cara saya besarkan anak-anak saya juga. Anda perlu rendah diri dan bersikap baik. Anda juga perlu mudah didekati. Itu yang Tuanku suka,” katanya dalam wawancara bersama The Star hari ini.

Merujuk tindakan Agong berhenti di tepi jalan untuk membantu mangsa kemalangan, Tunku Azizah berkata, tiada apa yang menghairankan kerana “kami sudah melakukannya selama bertahun-tahun.”

Pada 26 Jun lalu, Al-Sultan Abdullah membantu seorang wanita yang terbabit dalam kemalangan dekat Persiaran Barat Lebuh Sentosa, Putrajaya ketika baginda dalam perjalanan ke mesyuarat pra-Kabinet.

Pada 5 dan 31 Ogos lalu, Agong turun dari kenderaan rasminya untuk memeriksa keadaan dua mangsa kemalangan dekat jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim serta persimpangan USJ di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite).

Tuanku Azizah berkata, Agong sentiasa menerima pelbagai permintaan daripada rakyat untuk mendapatkan bantuan.

Baginda berkata, ia termasuk permintaan untuk mendapatkan bantuan kewangan, perubatan, biasiswa dan perumahan.

“Itu sebabnya apabila baginda melawat kampung atau turun padang ketika balik ke Kuantan, akan ada petisyen dan surat.”

Baru-baru ini, Tuanku Azizah dilaporkan kecewa dengan tindakan polis menahan bekas ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia, Khalid Ismath pada malam 13 September lalu atas dakwaan menghina baginda.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman membuka siasatan di bawah Akta Hasutan selepas menerima satu laporan berhubung penghinaan terhadap Raja Permaisuri Agong.

Laporan itu dipercayai dibuat selepas Tunku Azizah menyahaktifkan akaun Twitternya yang mendapat perhatian rakyat dan media.

Ada netizen percaya ia ada kaitan dengan beberapa komen negatif yang didakwa dibuat terhadap Tunku Azizah.

Bagaimanapun, Tunku Azizah dilaporkan berkata, akaun Twitternya ditutup atas sebab peribadi, bukannya kerana kecewa dengan komen netizen.

Baginda berkata, mereka tidak pernah membuat laporan polis walaupun dikeji, dituduh d

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo