NOTIS:
Kempen Ekonomi Muslim Menunggu Politik Dap Menyembah Bumi
PM, Dr Mahathir telah bersuara; semacam dipaksa untuk bersuara oleh Tok Dalangnya. Tidak cukup dengan itu; Tok Dalang Lim Guan Eng, bapa kepada bangsa DAP sendiri turut bersuara. Amat jelas kempen “Utamakan Produk Muslim Dulu” telah menyerlahkan kesan jangka pendeknya. Bantahan kedua-dua VVIP itu adalah indikator kepada sejauh mana kejayaan kempen tersebut.
Apakah Lim Guan Eng perlu pertikai apabila muslim bangkit sedar tentang peri pentingnya barangan atau produk yang suci dan halal?
Apakah Lim Guan Eng memandang dari kacamata rasisnya apabila kontradik dengan usaha muslim membantu ekonomi manusia seagamanya? Apakah beliau buat-buat buta bagaimana produk-produk non-muslim dibuat di premis yang menjijikkan dengan cara yang memualkan?
Malah banyak pengeluar non-muslim yang menyalahgunakan logo halal untuk menipu umat Islam. Mereka sanggup pula menggunakan tulisan Jawi yang jadi fobia bagi mereka demi memperdayakan pengguna muslim. Mereka guna nama-nama bernuansakan Melayu/Islam sebagai jenama-jenama produk mereka kononnya ini adalah produk-produk muslim.
Ini tidak dikira lagi larangan solat Jumaat, gaji yang double-standard antara pekerja muslim dengan non-muslim dan usaha melumpuhkan perniagaan muslim yang dilihat dapat memberi saingan kepada mereka. Ummah ini tidak lupa bagaimana “keutamaan kepada yang boleh berbahasa Mandarin” diamalkan di syarikat dan gedung perniagaan mereka. Semua ini adalah manifestasi sikap chauvanis dan rasis yang amat ketara.
Selama ini pengguna muslim terlena dalam ‘nyaman’ kitaran ekonomi yang amat membantu bangsa DAP menjadi semakin biadap. Selama ini pengguna muslim amat bertoleransi dan bermurah hati tanpa mengira ras dan agama dalam urusan jual beli. Balasan kepada sikap murni bangsa Melayu/Islam ini bagai melepaskan anjing tersepit. Anjing terlepas, jari kita digigit.
Usaha “Utamakan Produk Muslim Dulu” ini perlu diteruskan secara istiqamah oleh ummah demi mengembalikan kekuatan ekonomi dan politiknya. Sewajarnya kempen ini diuruskan secara lebih profesional oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) tanpa melibatkan parti politik. PPIM hendaklah membuka cawangannya di setiap negeri dan daerah demi menjana kekuatan yang lebih bersepadu.
Kalau tidak berada-ada,masakan tempua bersarang rendah. Kalau tidak berimpak, masakan bapak rasis begitu menggelabah. Justeru, jelas kempen tersebut sudah menampakkan kesan peringkat tinggi. Tidak mustahil, cara bangsa DAP berpolitik sehingga menimbul keresahan kaum dan gugatan terhadap Islam dapat diajar melalui kempen ekonomi ini. Tunggu masanya politik DAP menyembah bumi - ditolak oleh bangsanya sendiri.
https://www.facebook.com/275464012898189/posts/719239298520656/
BDA,
2/9/2019
Thanks
t.me/Perpaduan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment