NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kempen BMF kena hati-hati boleh makan diri - Johari


Mantan Menteri kewangan kedua Johari Abdul Ghani mengingatkan kempen utamakan produk Muslim (BMF) perlu berhati-hati dan mungkin boleh memakan diri.

Menurutnya, pemilikan sesuatu produk tidak boleh dipastikan melalui pegangan saham semata-mata.

Ini kerana kata Johari, boleh jadi pemilik sebenarnya ialah orang Islam, walau pun tidak memegang saham majoriti atas sebab-sebab tertentu.

“Kita ingatkan Buy Muslim First (BMF), contoh usahawan Melayu buka kilang. Dia nak besarkan kilang pinjam dengan tauke cina. Tapi oleh kerana dia pinjam dengan Cina, tauke cakap pasal sekuriti pegangan saham 51 peratus sehingga bayar habis hutang. Bayar hutang saham dipulang balik.

“Orang ini sebenarnya jual produk muslim, tapi jika kamu nak berdasarkan pegangan saham semua orang boikot dia. Sebab itu kita kena berhati-hati. Ini boleh backfired,” katanya ketika berucap sebagai panelis Forum Cabaran Dasar Ekonomi Baru di era Malaysia Baru anjuran Puteri Umno di PWTC, Kuala Lumpur.

Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokthar dan mantan menteri besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim turut hadir sebagai panelis.

Sebaliknya, Johari berkata BMF perlu memfokuskan kepada produk halal dan tidak halal.

“Dari segi meniaga, perniagaan itu universal (meluas), meluas bermaksud ia tidak mengira warna, sama ada Melayu, Cina dan India. Tapi, yang membezakan ialah produk halal atau tidak halal.

“Jadi, banyak produk kalau kita tengok Milo, Nescafe dan apa jua produk keperluan asas. Majoriti rumah kita ada barang ini. Nestle dan Dutchlady, mungkin orang luar (punya) tapi mereka mengikut proses mengeluarkan produk diiktiraf oleh Jakim.

“Jadi, kita main retorik punya cerita, kemudian kita tidak lagi berada dalam dunia perniagaan. Sebab dunia perniagaan ini meluas. Sebab itu saya tak nak cakap lebih daripada itu,” katanya.

Walaupun, Johari mengakui kempen BMF bukan kempen boikot sebaliknya mengutamakan produk buatan muslim, beliau mempersoalkan bagaimana hendak mendapat tahu status pemilikan sesebuah syarikat itu.

“Sebab itu saya takut nanti orang Muslim yang betul-betul tulen produknya kena sabotaj.

“Pasal orang tak tahu struktur syarikat tersebut. Apa yang penting adalah kita kena ingat produk halal muslim di dunia yang sangat meluas.

“Yang penting beli produk halal dan kualiti,” tambahnya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo