NOTIS:
Israel serbu al-Aqsa
BAITULMAQDIS, 21 Muharram 1441H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 448 penduduk haram Yahudi di bawah perlindungan tentera rejim pengganas Israel menyerbu Masjid al-Aqsa, minggu lalu.
Media Israel melaporkan, puak pelampau berkenaan melakukan serbuan melalui pintu gerbang Ar-Rahmah untuk melakukan ritual Talmud.
Serbuan di al-Aqsa bermula setiap hari, dari Ahad hingga Khamis dan dilakukan dua kali sehari; pagi dan petang.
Lawatan umat Islam ke masjid al-Aqsa buat masa ini adalah terhad bagi mengurangkan sebarang bantahan.
Gerbang Ar-Rahmah adalah sebuah bangunan kecil menempatkan pejabat Majlis Warisan Islam menjadi laluan utama, terbesar dan tercantik menuju terus ke masjid al-Aqsa. Terletak di timur Masjid Al-Aqsa, Barat menamakannya sebagai 'Golden Gate'.
Mendakwa pejabat majlis warisan itu digunakan untuk aktiviti politik, rejim Zionis menutupnya dari dalam menggunakan batu-bata sejak 2003.
Tindakan biadab Israel menutup gerbang itu termasuk menggunakan rantai keluli dianggap sebagai usaha Zionis untuk meyahudikan masjid al-Aqsa, dengan pembinaan kuil mereka. -Agensi
Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/09/21/israel-serbu-al-aqsa/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment