KUALA LUMPUR – Biarpun bulan September belum berakhir, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan Pakatan Harapan sudah meminjam hampir RM100 bilion.
Setakat ini, katanya, hutang negara berjumlah RM810 bilion tetapi bayaran balik cuma RM32 bilion sahaja.
Walaupun hutang semakin meningkat tetapi berpuluh-puluh bilion ringgit aset negara masih dijual.
“Masih tunggu MAS dijual. BHP petroleum dijual. MAHB dijual. UEM Sunrise dijual serta bon panda dan bon samurai kedua,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, kerajaan akan terus meminjam lagi pada tahun depan, selari dengan kenyataan Lim Guan Eng yang menjangka sasaran defisit tahun depan sukar dicapai.
“Ke arah harapan PH untuk negara bersih licin dari aset serta benar-benar berhutang RM1 trilion,” katanya. – MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR, 12 Januari – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengkritik penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu titah...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment