NOTIS:
Himpunan Penyatuan Ummah lakaran sejarah terpenting - Khalid Ibrahim
Assalamu'alaikum WBT
Himpunan Penyatuan Ummah 14hb September 2019 merupakan satu lakaran sejarah terpenting buat rakyat Malaysia sekaligus dijangka akan mengubah landskap politik di dalam negara dan diharapkan akan menyemarakkan lagi sistem demokrasi di dalam negara.
Peristiwa semalam telah menyaksikan dua buah parti politik terbesar serta matang bergabung tenaga untuk memelihara kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia hingga termeterainya Piagam Muafakat Nasional.
Saya amat terharu dan berterima kasih kepada kedua-dua pemimpin PAS YB Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang dan UMNO YB Datuk Seri Zahid Hamidi yang memilih untuk mengenepikan perbezaan dan menamatkan persengketaan politik lebih 40 tahun lamanya.
Permuafakatan serta kerjasama ini tercapai bukan dengan hubungan serta usaha sehari dua tetapi saya percaya ianya telah dijalin, dicerna dan dipupuk sekian lama oleh kedua-dua pihak dan pemimpin pada setiap peringkat demi menjalinkan kerjasama dan muafakat demi pembangunan masyarakat Malaysia yang mampan serta meningkatkan tadbirurus yang lebih baik dan telus.
Melihat perkembangan mutakhir negara, kita tidak boleh lagi membuang masa dengan mencari kesalahan dan perbezaan masing-masing tetapi terus merai kebersamaan.
Kestabilan politik ummah di Malaysia insya'Allah akan mempercepatkan agenda memelihara kebajikan rakyat melalui usaha yang diredhai Allah SWT. Pengalaman yang lalu bolehlah dijadikan teladan dalam membina tatacara baharu bersama untuk memastikan rakyat mendapat keadilan dan terbela. Sokongan luar biasa membuktikan rakyat memang mendambakan wadah sebegini.
Semoga Allah SWT memberkati segala usaha yang kita lakukan dan kepadaNya jua kita berserah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment