BANGI, 24 Muharram 1441H, Selasa – Seorang wakil rakyat daripada parti tamak haloba, DAP didakwa menjadi penyokong tegar kepada kumpulan pengganas di Sri Lanka, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Perkara itu didedahkan di laman Facebook Pusat Kajian Ancaman Pengganas dan Misionari di Malaysia kira-kira tiga jam lalu, dan sudah mendapat perkongsian lebih 300 pengguna media sosial.
Pendedahan itu menamakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Dalam, Pulau Pinang, Satees Muniandy yang dikatakan penyokong kuat kumpulan pengganas berkenaan.
"Dikenal pasti seorang ADUN DAP, Bagan Dalam, Pulau Pinang dilihat begitu obses menyokong LTTE dan mengidolakan pengasasnya, V. Prabhakaran.
"Beliau adalah YB Satees Muniandy, orang kanan P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang)," menurut kenyataan pusat kajian itu.
Menurut pendedahan pusat kajian berkenaan yang mempunyai lebih 27,000 pengikut di Facebook, perkara itu dapat dilihat menerusi hantaran di Facebook wakil rakyat terbabit yang juga terdapat beberapa tulisan 'memuja' V Prabhakaran.
"Malah, beliau dilihat akrab dengan Vaiko dari Tamil Nadu yang menyokong pengganas LTTE dan Vaiko telah 'blacklist' dalam senarai masuk ke Malaysia disebabkan keterlibatan dengan pengganas.
"Kita harap pihak PDRM dapat menyiasat apa hubung kait pemimpin politik ini dengan ideologi LTTE. Begitu juga dengan P Ramasamy, David Marshel dan Kulasegaran juga dilihat ada keterlibatan dengan menyokong gerakan ini," katanya.
Sebelum ini, P. Ramasamy pernah didakwa terbabit dengan kumpulan pengganas LTTE apabila gambarnya bersama pengasas dan Setiausaha Agung parti politik, Marumalarchi Dravida Munnetra Kazhagam (MDMK), Vaiko atau V Gopalasamy dimuatnaik di media sosial pada 14 Julai tahun lalu.
Selain itu, gambar P. Ramasamy bersama Satees Muniandy yang memberikan penghormatan kepada gambar Kalashnikov (rifle AK-47) juga menimbulkan pelbagai persepsi.
Bagaimanapun, P Ramasamy menafikan dirinya terbabit kumpulan pengganas berkenaan dan mendakwa gambar itu adalah cerita lama iaitu sekitar tahun 2005 hingga 2006 ketika menjadi konsultan pendamai.
LTTE diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas oleh lebih 30 negara termasuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.
No comments
Post a Comment