NOTIS:
Adib diheret, dihentak
MAHKAMAH Koroner Shah Alam memutuskan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim disebabkan impak perbuatan jenayah oleh dua atau lebih orang tidak dikenali.
Koroner Rofiah Mohamad ketika membuat keputusan itu berkata, mahkamah menerima keterangan saksi ke-29, Pakar Patologi Forensik United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid bahawa mangsa dihentak dan diheret keluar dari van bomba pada masa kejadian.
Beliau berkata, keterangan saksi di tempat kejadian juga menunjukkan terdapat perbuatan memukul seseorang di kawasan di mana antara 20 dan 30 orang berkumpul.
Selain itu, Rofiah merumuskan kegagalan polis dan FRU dalam mengawal rusuhan turut menyumbang kepada kematian Muhammad Adib.
Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara untuk melakukan siasatan dan pendakwaan.
Katanya, kecederaan blunt chest trauma yang menyebabkan kematian anggota bomba berkenaan bukan perbuatan sendiri.
Dimaklumkan juga, kegagalan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan FRU dalam mengawal rusuhan turut menyumbang kepada kematian Muhammad Adib
Mahkamah Koroner menyerahkan kepada Peguam Negara dan polis untuk melakukan siasatan dan pendakwaan.
Prosiding inkues itu berlangsung selama 41 hari bermula 11 Februari lalu dan menyaksikan 30 saksi memberi keterangan dengan 137 eksibit dikemukakan.
Ia dikendalikan Pegawai Pengendali, Faten Hadni Khairuddin manakala, keluarga Muhammad Adib diwakili peguam Syazlin Mansor, Yahaya Othman, Kamaruzaman A Wahab dan Ahmad Taufiq Baharum.
Tiga Peguam Kanan Persekutuan iaitu Suzana Atan, Mazlifah Ayob dan Fadzilatul Isma Ahmad Rafngah dan Afiq Zainal Abidin mewakili Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM).
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, 27 November 2018.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2019/09/501153/adib-diheret-dihentak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment