NOTIS:
Sejak bila kurikulum pendidikan perlu dapat restu parti politik?
BANGI, 13 Zulhijjah 1440H, Rabu – Datuk Seri Mohamad Hasan menempelak tindakan pemimpin Dong Zong yang mengadakan petisyen terhadap pembelajaran dalam jawi dan tulisan khat, yang didakwa kononnya sebagai satu bentuk Islamisasi untuk menyebarkan agama Islam.
Naib Presiden UMNO berkata, tulisan khat dan jawi bukan untuk Islamisasi, dan masyarakat perlu sedia memahami sebab kedua-dua tulisan itu diperkenalkan.
Katanya, isu pengenalan tulisan berkenaan di sekolah vernakular telah begitu dipolitikkan sehingga tersasar dari perkara sebenar.
"Sehingga saat ini, menteri pendidikan, Dong Jiao Zong dan pelbagai pihak berkepentingan masih tidak memahaminya," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, parti politik tiada hak untuk memberi kebenaran atau persetujuan mengenai segala silibus yang bakal diguna pakai.
"Sejak bila kurikulum pendidikan kebangsaan harus digubal melalui konsultasi dan restu politik?
"Biarkan penggubal kurikulum dengan tugas mereka. Mereka punya kearifan yang tidak kita miliki," katanya.
Pada masa sama Tok Mat menegaskan bahawa tulisan khat bukanlah ilmu yang lapuk dan menyifatkan mereka yang menganggap tulisan itu tiada manfaat ilmu, sebagai seorang yang tidak memahami makna sebenar ilmu pengetahuan.
"Kita mesti mengembalikan pendidikan kepada landasan sebenarnya, iaitu merangsang rasa ingin tahu (sheer curiosity).
"Apabila kita mendedahkan pelajar di sekolah vernakular tentang khat, ia dilakukan bukan untuk menjadikan mereka mahir dalam khat. Apatah lagi menjadi pakar jawi.
"Ia dibuat untuk merangsang rasa ingin tahu dalam diri mereka agar mereka berfikir dan mencari jawapan, kenapa khat dan jawi itu sedemikian rupa. Apa kepentingan dan nilainya. Kita mesti menanam dalam diri mereka, semangat ingin tahu ini." katanya.
Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/08/14/sejak-bila-kurikulum-pendidikan-perlu-dapat-restu-parti-politik/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment