NOTIS:
Replika Buku Di Bumbung Menara DBP
Salam. Perobohan replika berbentuk buku di Menara DBP banyak ditularkan oleh warga maya dengan berbagai-bagai tanggapan. Saya ingin menjelaskan bahawa perobohan ini dibuat atas faktor keselamatan.
Pihak Jabatan Kerja Raya yang melakukan pemeriksaan di Menara DBP mendapati bahawa struktur replika ini tidak kukuh disebabkan hakisan dan karatan yang teruk. Ini membahayakan staf dan pengunjung DBP serta orang awam secara keseluruhannya. Bagi mengelakkan musibah yang mungkin timbul, kerja-kerja perobohan ini perlu dilakukan dengan segera. Saya juga ingin menjelaskan bahawa, selain replika ini, DBP juga sedang dalam proses penggantian lif dan eskalator. Kerja-kerja ini sudah tentulah akan menimbulkan ketidakselesaan kepada pengunjung dan staf DBP. Untuk itu kami memohon berbanyak-banyak maaf.
Saya berharap, perobohan replika buku ini tidak disalahtafsir dan dikaitkan dengan hal-hal yang tidak berkaitan. Perobohan replika ini berkaitan dengan isu keselamatan staf dan pengunjung DBP dan orang awam. Sebagai organisasi yang bertanggungjawab, kami perlu memastikan staf, pengunjung serta orang awam selamat apabila bekerja, berurusan dengan kami termasuklah orang awam yang melalui kawasan bangunan ini.
Terima kasih.
Ketua Pengarah DBP
8 Ogos 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment