KUTUPALONG, 25 Zulhijjah 1440H, Isnin – Ribuan etnik muslim Rohingya berhimpun di kem pelarian Bangladesh semalam bagi menandakan tempoh dua tahun sejak mereka melarikan diri daripada tindakan keras rejim Myanmar.
Hampir 200,000 etnik Rohingya mengambil bahagian dalam perhimpunan aman yang dihadiri oleh pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di khemah Kutupalong di Cox's Bazar Bangladesh pada Ahad, kata pegawai polis, Zakir Hassan.
Kanak-kanak, wanita berhijab dan lelaki memakai kain sarung melaungkan 'Allah Maha Besar, Selamatkan Rohingya' ketika berarak di tengah-tengah kem pelarian terbesar di dunia, bagi memperingati apa yang mereka gelar sebagai 'Hari Genosid'.
Ada juga sebahagian daripada mereka membawa kad dan sepanduk yang bertulis "Tidak akan ada lagi hari peringatan pembunuhan beramai-ramai Rohingya" dan "Pulihkan kewarganegaraan kita".
Difahamkan, perhimpunan terbabit dibuat hanya beberapa hari selepas cubaan kedua membawa pelarian itu pulang menemui kegagalan.
Sebelum ini, Bangladesh dengan bantuan agensi pelarian PBB cuba menghantar 3,450 etnik muslim Rohingya yang tidak rela kembali susulan bimbang dan kurang yakin terhadap keselamatan mereka di Myanmar.
Ketika ini, lebih 730,000 Rohingya ditempatkan di kem-kem yang penuh sesak di sempadan Bangladesh selepas melarikan diri daripada tindakan kejam rejim Myanmar pada akhir tahun 2017.
Berikutan lambakan pelarian di negara itu, Bangladesh pernah merancang untuk memindahkan sebahagian besarnya ke sebuah pulau kecil berlumpur, yang dikatakan muncul dari laut dua dekad lalu.
Difahamkan rancangan itu dibantah, namun kerajaan Bangladesh tetap mahu memindahkan 100,000 pelarian ke pulau itu, dengan alasan untuk mengurangkan kesesakan di kem. – Agensi
Anwar pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada Khamis. Foto Bernama KU...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment