NOTIS:
MCA memberi penerangan mengenai isu khat / tulisan Jawi.
oleh: Oleh: Mike Chong
Jurucakap Parti MCA
Saya ingin mengulas sedikit tentang isu pengenalan seni khat dalam subjek bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan yang menjadi topik hangat kebelakangan ini.
Jika isu ini tidak ditangani dengan bijak dan rasional, saya bimbang ia akan menular menjadi isu perkauman dan agama, kerana isu ini adalah salah satu "hasil" pendekatan politik perkauman yang biasa dimainkan oleh DAP selama berpuluh tahun ini.
Izinkan saya untuk mengupas agak panjang lebar hari ini untuk pemahaman semua pihak supaya kita semua sedar dan tidak terperangkap dalam jerat perkauman DAP ini.
Mengapa saya kata isu ini adalah "hasil" pendekatan politik perkauman DAP?
Mari kita tengok balik kepada kenyataan yang dibuat oleh Lim Kit Siang pada tahun 1984 (https://bibliotheca.limkitsiang.com/1984/06/01/education-ministry%E2%80%99s-regulation-that-jawi-is-a-compulsory-subject-violates-article-152-of-malaysian-constitution). Ia jelas menunjukkan bahawa Lim Kit Siang begitu lantang membantah pembelajaran tulisan Jawi dalam sekolah kerajaan masa itu.
Secara jelas, dari sini kita nampak isu ini telah digunakan sebagai modal politik DAP untuk meraih undi golongan bukan Melayu.
Provokasi yang dilakukan oleh DAP ke atas masyarakat bukan Melayu itu begitu berjaya sehingga ia telah memberi persepsi yang sangat negatif kepada masyarakat terhadap pembelajaran tulisan jawi.
Maka tidak hairan kenapa reaksi masyarakat orang bukan Melayu begitu agresif apabila perkara ini diumumkan oleh kerajaan. Ini tidak lain tidak bukan adalah "hasil" daripada taktik "brain wash" DAP yang bersifat memusuhi bangsa lain.
Saya juga ingin mengetengahkan satu point di sini di mana ramai yang terlepas pandang. Apabila pengumuman dibuat kerajaan sedia ada berhubung penambahan silabus seni khat ini, DAP dimaki hamun oleh masyarakat bukan Melayu, terutamanya kaum Cina. Maklumlah sebelum DAP berkuasa, isu sebegini banyak digunakan oleh mereka untuk mendapat sokongan, jadi akhirnya "kerana mulut badan binasa" dan termakan diri sendiri.
Jadi puak-puak DAP ini mula "spin", bukan main cepat mendakwa cadangan ini dibawa dari zaman kerajaan BN lagi, bagi cuba menambat hati penyokong mereka yang sudah kehilangan kesabaran terhadap mereka.
Sebab utama mereka cepat menuding jari ke atas BN ialah untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap BN seolah-olah BN adalah punca kepada segala kekecohan yang berlaku pada hari ini.
Tidak cukup lagi dengan fitnah dan hasutan, DAP seterusnya menggunakan taktik lamanya: menjadikan MCA sebagai kambing hitam.
RBA DAP dengan cepat menyebarkan penterjemahan petikan akhbar Cina, kononnya MCA menentang "habis-habisan" pembelajaran seni khat ini. Tetapi cuba dapatkan pengesahan daripada mereka yang boleh membaca Bahasa Cina, penterjemahan RBA ini jauh lari maksudnya daripada konteks asalnya.
Sudah biasa RBA DAP gunakan taktik ini, bagi mengalih perhatian orang ramai dan seterusnya cuba provok ketidaksenangan antara MCA dengan rakan-rakan komponen mereka, UMNO khususnya.
Secara kesimpulannya, apa yang saya ingin bangkitkan di sini ialah DAP adalah punca kepada segala permasalahan yang timbul pada hari ini. Akibat daripada retorik dan pendekatan politik mereka yang ekstrem, pelampau dan berbaur perkauman, masyarakat majmuk yang selama ini aman dan harmoni dipecahbelahkan kerana rakyat termakan dengan hasutan, pembohongan dan taktik kotor mereka.
Jadi sahabatku, tak nampak lagikah permainan DAP? Sudah jelas DAP adalah perosak perpaduan bangsa dan negara, percaya lagikah anda kepada mereka?
MCA, di sebaliknya, lebih cenderung kepada pendekatan kesederhanaan dan menerusi musyawarah, kami yakin segala perbezaan dan perselisihan pendapat di antara kaum dapat ditangani dengan lebih rasional, terbuka dan inklusif, tanpa menggadaikan kesejahteraan yang kita kecapi sejak merdeka lagi.
Mike Chong ialah Jurucakap Parti MCA merangkap AJK Pusat Pemuda MCA dan Ketua Pemuda MCA Wangsa Maju
#sharekalausetuju
#petuaABCD
#AsalBukanCinaDAP
#DAPPerosakNegara
Sumber: https://www.facebook.com/mike.yew.chuan/photos/a.242747433062210/359355298068089/?type=3&theater
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment