NOTIS:
Malaysia Jangan Usir Pendakwah Seumpama Kisah Penduduk Thaif
Haji Ahmad Amzad Hashim
20hb Ogos 2019
Saya menyeru umat Islam khususnya janganlah kita menjadi seumpama perlakuan penduduk Kota Thaif yang mengusir Rasulullah s.a.w yg berkunjung ke Kota Thaif untuk mendakwahkan Islam.
Hasutan kebencian yang disebar dikalangan penduduk Kota Thaif oleh pemimpin pemimpin mereka sehingga Rasulullah s.a.w dilontar batu dan berdarah luka.
Hampir hampir saja malaikat penjaga gunung sekitar Kota Thaif menelangkupkan gunung gunung agar menimpa Kota Thaif oleh perbuatan penduduk Kota Thaif ini jika tidak kerana Rasulullah s.a.w menolak permintaan malaikat berkenaan oleh sifat sabar Rasulullah s.a.w yg agung.
Kita baru menyambut Hari Raya Korban di mana jemaah haji kita diterangkan kisah ini malah ada yg mengambil kesempatan berkunjung ke Thaif untuk menghayati kisah bersejarah ini.
Jadilah kita ummah yg mempertahankan pendakwah yg melaksanakan tugas kenabian menyebarkan Islam.
Jangan kita menjadi menjadi umat Islam yg hina kerana termakan hasutan kafir harbi yang memusuhi Islam sehingga kita terlibat mengusir mereka yg berkorban menjalankan tugas dakwah ini.
Jangan sampai Allah SWT turunkan bala ke atas negara kita .
Haji Ahmad Amzad Hashim ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment