Pada 5 Ogos yang lalu, Kerajaan India telah membatalkan status autonomi khas wilayah Kashmir melalui pemansuhan Artikel 370 Perlembagaan India di Parlimen.
Perdana Menteri India, Narenda Modi yang memimpin parti nasionalis Hindu BJP menyifatkan pembatalan autonomi ini sebagai ‘era baharu’ untuk pembangunan di Kashmir dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan.
"The scrapping of Article 370 is the beginning of a new era. There will be a lot of development. I think the whole world will come and shoot their films there, and this will bring employment for the people”, ujar Modi.
Namun tujuan sebenar tindakan India ini bukanlah didorong oleh faktor ekonomi, tetapi lebih kepada agenda penguasaan politik terhadap wilayah majoriti umat Islam yang menjadi rebutan India dan Pakistan sejak lebih tujuh dekad yang lalu.
Kerajaan India turut membentangkan rang mencadangkan Kashmir yang ditadbir India dipecahkan kepada dua wilayah yang diperintah secara langsung oleh New Delhi, dan membolehkan penduduk bukan-Kashmir membeli tanah di wilayah Kashmir.
Keputusan ini ditolak keras oleh penduduk Kashmir yang majoritinya beragama Islam, dan menyifatkan tindakan India ini bercanggah dengan status autonomi khas yang diberikan kepada Kashmir, sekaligus bakal mengubah lanskap demografi di wilayah tersebut.
Mereka turut bimbang Kashmir akan menerima nasib yang sama seperti Palestin yang menyaksikan pendudukan haram warga Israel dan pemecahan sempadan kepada Gaza dan Tebing Barat.
Keputusan terbaharu ini juga telah meningkatkan ketegangan di antara dua kuasa nukleur di benua Asia Tengah, iaitu India dan Pakistan, di samping China yang turut mempunyai kepentingan di sempadan wilayah yang bergolak tersebut.
Pendekatan diplomasi.
Terdahulu Presiden PAS telah menzahirkan kebimbangan terhadap konflik yang tercetus di antara India dan Pakistan dalam tempoh Februari dan Mac tahun ini, yang turut memberi kesan kepada keselamatan dan keamanan di rantau Asia dan dunia.
Bagi menghentikan pertikaian dan persaingan daripada terus berlarutan, PAS menggesa India dan Pakistan untuk segera duduk di meja rundingan, seterusnya mencari jalan penyelesaian secara damai tanpa perlu melibatkan tindakan ketenteraan.
Manakala PBB disarankan untuk melaksanakan Resolusi 47 Majlis Keselamatan yang tertangguh sejak tahun 1948 agar diadakan referendum secara demokratik di kalangan warga Kashmir bagi menentukan masa depan mereka sekaligus menamatkan krisis yang berpanjangan ini.
Di samping itu, PAS turut menyarankan agar Malaysia mengambil peranan yang aktif bagi meredakan ketegangan di antara dua negara berjiran yang bermasyarakat majmuk ini, melalui hubungan erat yang terjalin di antara Malaysia dan ASEAN bersama India dan Pakistan.
Justeru semua pihak perlu memberikan tekanan kepada India dan Pakistan untuk menghormati kedaulatan wilayah Kashmir, dan segera menyelesaikan konflik ini melalui pendekatan diplomasi dan demokrasi. Ini adalah penting bagi menghalang bumi Kashmir daripada terus dijajah dan dijarah, tanpa dipedulikan masyarakat antarabangsa dan umat Islam sedunia.
Cukuplah Gaza dan Rohingya menjadi pengajaran kepada kita.
Ketua Pemuda Umno Sabah Sufian Abdul Karim berkata dengan penarikan balik pendakwaan ini, Malaysia dapat memperbaiki imej keadilannya di per...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment