oleh: Norman Dasuki
Dengan menggunakan contoh pornografi sebagai contoh kegemilangan perkara berkaitan penulisan adalah merupakan cara berfikir yang lembab dan tidak kreatif.
Kaligrafi Cina pernah juga digunakan dalam sastera berbentuk pornografi semasa zaman Imperial dan pernah juga digunakan dalam memuji kebesaran Ilahi dan Nabi Muhammad S.A.W semasa era Maharaja Cina. Begitu juga dengan penulisan dengan aksara Jawi.
Seorang Maharaja China pernah mezahirkan sanjungan beliau kepada penganut Muslim satu ketika dulu, beliau bernama Hong-Wu (juga dikenali dengan nama ZhÅ« YuĆ”nzhÄng). Beliau merupakan Maharaja China antara tahun 1368-1139 Masihi.
Beliau juga merupakan Maharaja pertama Dinasti Ming dan beliau dikenali dalam lipatan sejarah sebagai Maharaja yang mengetuai angkatan perang dalam menakluki dan mengalahkan kekuasaan Mongol yang diketuai oleh Dinasti Yuan .
Walaupun bukan orang Islam, Hong-Wu mengarahkan pembinaan beberapa masjid di Nanjing, Yunnan, Guangdong dan Fujian. Beliau membina semula Masjid Jinjue di Nanjing dan ramai bangsa Hui (Cina muslim) berpindah ke bandar semasa pemerintahannya.
Dibawah pemerintahan beliau, terdapat kira-kira 10 jeneral muslim mengetuai angkatan tenteranya. Jeneral Chang Yuchun, Jeneral Lan Yu, Jeneral Ding Dexing, Jeneral Mu Ying, Jeneral Feng Sheng dan Jeneral Hu Dahai merupakan tokoh muslim yang pernah berkhidmat dibawah maharaja Hong- Wu.
Selain daripada itu, dipercayai pasangan kepada Maharaja Hong-Wu, Maharani Ma merupakan berasal dari keluarga Muslim yang pada asalnya merupakan anggota kumpulan pemberontak Islam yang diketuai oleh Guo Zhixin.
Dalam lipatan sejarah negara China, Maharaja Hong-Wu sendiri pernah menulis 100 perkataan sanjungan memuji Islam, Allah dan Nabi Muhammad yang telah diperintahkan oleh beliau untuk diletakkan di masjid-masjid yang dibina dibawah arahannya.
Kata-kata sanjungan ini berupa puisi, setiap ayat mengandungi 4 perkataan (bersifat keperibadian) dan 4 suku kata. Puisi ini telah diterjemahkan ke beberapa bahasa termasuk bahasa Inggeris untuk memberi kefahaman kepada generasi mendatang supaya saling hormat-menghormati tak kira bangsa dan agama.
Inilah isi pusi 'Pujian 100 Kata' tersebut:
"Sejak penciptaan alam semesta, Allah telah menunjuknya sebagai pemimpin keyakinan yang agung, Dari Barat ia lahir, Menerima Kitab Suci, Buku dari tiga puluh bagian (Juz), Untuk memandu semua ciptaan, Tuan dari semua Penguasa, Pemimpin di antara orang-orang yang suci, Dengan dukungan dari langit, Untuk melindungi umat-Nya, Yang mengerjakan ibadah lima waktu, Dalam diam berharap perdamaian, Hatinya terpaut ke Allah, Memberi kekuatan masyarakat miskin, Menyelamatkan mereka dari malapetaka, Membawa kegelapan menuju cahaya, Mengajak jiwa dan ruh menjauhi kesalahan, Sebuah rahmat bagi semesta alam, Meninggalkan ketertinggalan menuju keagungan, Menaklukkan segala kejahatan, Agama-Nya murni dan benar, Muhammad Sang Agung dan Mulia."
Sumber:
alsiraat.co.uk › prophet-muhammad
The Chinese Emperor's Poem about the Prophet Muhammad (saw) | Al Siraat
https://islamicarchives.wordpress.com › ...
The Chinese Emperor's “Hundred-word Eulogy-Poem” about the Prophet ...
Dialih bahasa ke English.
Since the creation of the Universe,
God had decreed to appoint,
This great faith-preaching man,
From the West he was born,
He received the Holy Scripture,
A Book of thirty parts,
To guide all creation,
Master of all Rulers,
Leader of Holy Ones,
With Support from Above,
To Protect His Nation,
With five daily prayers,
Silently hoping for peace,
His heart towards Allah,
Empowering the poor,
Saving them from calamity,
Seeing through the darkness,
Pulling souls and spirits,
Away from all wrongdoings,
A Mercy to the Worlds,
Traversing the ancient majestic path,
Vanquishing away all evil,
His Religion Pure and True,
Muhammad,
The Noble & Great one.
Written by Sh. Musa Cerantonio
Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10214770238635579&set=a.10203186919299835&type=3&theater
NOTIS:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment