oleh: Abdul Mu'izz Muhammad
2 Ogos 2019.
Allah telah mendedahkan tipikal sikap Ahli Kitab dalam kalangan Yahudi & Nasara yang gemar membuat spekulasi, sedangkan hakikatnya mereka tidak mengetahui. Surah al-Kahfi menceritakan bagaimana mereka berteka-teki berkenaan bilangan Ashabul Kahfi.
Ų³َŁَŁُŁŁُŁŁَ Ų«َŁَŲ§Ų«َŲ©ٌ Ų±َّŲ§ŲØِŲ¹ُŁُŁ
ْ ŁَŁْŲØُŁُŁ
ْ ŁَŁَŁُŁŁُŁŁَ Ų®َŁ
ْŲ³َŲ©ٌ Ų³َŲ§ŲÆِŲ³ُŁُŁ
ْ ŁَŁْŲØُŁُŁ
ْ Ų±َŲ¬ْŁ
ًŲ§ ŲØِŲ§ŁْŲŗَŁْŲØِ ۖ ŁَŁَŁُŁŁُŁŁَ Ų³َŲØْŲ¹َŲ©ٌ ŁَŲ«َŲ§Ł
ِŁُŁُŁ
ْ ŁَŁْŲØُŁُŁ
ْ ۚ ŁُŁ Ų±َّŲØِّŁ Ų£َŲ¹ْŁَŁ
ُ ŲØِŲ¹ِŲÆَّŲŖِŁِŁ
Ł
َّŲ§ ŁَŲ¹ْŁَŁ
ُŁُŁ
ْ Ų„ِŁَّŲ§ ŁَŁِŁŁٌ ۗ
"Nanti ada yang mengatakan bahawa jumlah mereka (Ashabul Kahfi) adalah 3 orang & yang keempat adalah anjingnya. Dan ada pula yang mengatakan jumlah mereka adalah 5 orang & yang keenam adalah anjingnya sedangkan ia adalah tekaan pada perkara yang tidak diketahui. Dan yang lain mendakwa bahawa jumlah mereka seramai 7 orang & yang kelapan adalah anjingnya. Katakanlah bahawa Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka, tidak ada yang mengetahuinya kecuali sedikit" - al-Kahfi 20.
⚫ Penjelasan Ringkas.
Rata-rata para ulama' tafsir menjelaskan ayat di atas berkaitan sikap Ahli Kitab yang gemar mengeluarkan pandangan tanpa ilmu. Mereka meneka-neka, mungkinkah Ashabul Kahfi 3 orang, atau mungkin 5 orang. Sedangkan Ahli Kitab tiada pengetahuan yang jelas berkenaan perkara tersebut.
Di dalam pelbagai kitab tafsir, banyak riwayat yang menukilkan pandangan Ibnu Abbas yang mendedahkan bahawa jumlah Ashabul Kahfi adalah seramai 7 orang. Pandangan Ibnu Abbas itu mewakili golongan sedikit yang dikatakan oleh Allah, sebagai mereka yang mengetahui kisah Ashabul Kahfi dalam erti kata yang sebenar.
⚫ Larangan Bercakap Tanpa Ilmu.
Sungguhpun dunia hari ini mengangkat slogan 'kebebesan bersuara & kebebasan berpandangan', namun Islam tetap menganggap perilaku bercakap tanpa ilmu sebagai sebuah dosa. Bahkan Ibnu Qayyim menegaskan bahawa Allah telah mengharamkan tabiat berkata tanpa ilmu dalam berfatwa & berhukum. Malah Allah menjadikan perbuatan tersebut sebagai dosa yang besar. Allah telah menegaskan:
ŁَŁَŲ§ ŲŖَŁْŁُ Ł
َŲ§ ŁَŁْŲ³َ ŁَŁَ ŲØِŁِ Ų¹ِŁْŁ
ٌ
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan terhadapnya" - al-Isra 36.
Ibnu Kathir menjelaskan makna ayat ini adalah, jangan sewenang-wenangnya berkata tanpa ilmu pengetahuan.
⚫ Mengapa Gopoh Berlagak Tahu?
Syeikh Abdul Rahman Hasan Habannakah al-Maidani menjelaskan di dalam kitabnya Basair Li al-Muslim, berkenaan faktor tabiat gelojoh sesetengah golongan yang gemar berlagak tahu lantas cepat merumuskan spekulasi. Secara ringkas, sikap tersebut disebabkan oleh:
• Merasa kagum dengan diri sendiri.
• Punyai minda yang malas. Hilang kesungguhan untuk berfikir dalam mencari kebenaran.
• Terbawa-bawa dengan tabiat tidak mahu dilihat ketinggalan dari orang lain.
• Punyai dorongan perasaan seperti marah, takut, tamak atau pemberontakan emosi.
• Ditimpa situsi terdesak demi menjaga kepentingan tertentu.
⚫ Jawablah Tidak Tahu.
Imam al-Munawi di dalam kitabnya Faidh al-Qadir menyatakan:
"Jawapan bahawa saya tidak tahu adalah bukti betapa tingginya darjat & betapa kuatnya pegangan agama seseorang. Terzahir sifat taqwa terhadap Tuhannya. Menjelaskan kesucian hati, sempurna pengetahuan & betapa tulus niatnya"
Pengakuan bahawa "saya tidak tahu" bukanlah merendahkan martabat seseorang. Sebaliknya ia adalah sifat terpuji & bukti sifat amanah seseorang terhadap ilmunya. Ibnu Abdil Bar di dalam kitabnya Jami' Bayan al-Ilmi telah menegaskan:
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu. Seseungguhnya jika kamu berkata sedemikian, orang pasti akan mengajar kamu sehingga kamu tahu. Sebaliknya jika kamu sentiasa mengaku kononnya kamu sentiasa tahu, nescaya mereka akan terus bertanya sehinggalah kamu tidak tahu"
⚫ Petanda Hampirnya Kiamat.
Terdapat beberapa hadith yang mengkaitkan fenomena akhir zaman, akan munculnya golongan-golongan bodoh tetapi gemar berlagak tahu. Kerancakan tabiat sedemikian merangsang banyak perbalahan & sengketa.
• Pemimpin jahil berlagak pandai:
ŲَŲŖَّŁ Ų„ِŲ°َŲ§ ŁَŁ
ْ ŁُŲØْŁِ Ų¹َŲ§ŁِŁ
ًŲ§ Ų§ŲŖَّŲ®َŲ°َ Ų§ŁŁَّŲ§Ų³ُ Ų±ُŲ”ُŁŲ³ًŲ§ Ų¬ُŁَّŲ§ŁًŲ§ ŁَŲ³ُŲ¦ِŁُŁŲ§ ŁَŲ£َŁْŲŖَŁْŲ§ ŲØِŲŗَŁْŲ±ِ Ų¹ِŁْŁ
ٍ ŁَŲ¶َŁُّŁŲ§ ŁَŲ£َŲ¶َŁُّŁŲ§
"Sehingga apabila sudah tidak tersisa orang yang berilmu, maka manusia akan melantik orang yang jahil untuk menjadi pemimpin. Maka apabila mereka diminta pandangan, lantas mereka mengeluarkan pandangan tanpa ilmu. Lalu mereka sesat lagi menyesatkan" - hr Bukhari.
• Golongan jahil yang vokal.
ŁَŁَŁْŲ·ِŁُ ŁِŁŁَŲ§ Ų§ŁŲ±ُّŁَŁْŲØِŲ¶َŲ©ُ، ŁِŁŁَ: ŁَŲ§ Ų±َŲ³ُŁŁَ Ų§ŁŁَّŁِ، ŁَŁ
َŲ§ Ų§ŁŲ±ُّŁَŁْŲØِŲ¶َŲ©ُ ŁَŲ§Łَ: Ų§ŁŲ±َّŲ¬ُŁُ Ų§ŁŲŖَّŲ§ŁِŁُ ŁَŁْŲ·ِŁُ ŁِŁ Ų£َŁ
ْŲ±ِ Ų§ŁْŲ¹َŲ§Ł
َّŲ©ِ
"Dan ketika itu golongan Ruwaibidhah bebas berkata-kata" Baginda ditanya "Wahai Rasulullah, apakah itu Ruwaibidhah?" Baginda menjawab "Orang bodoh lagi korup, berbicara berkaitan perkara umum yang besar" - hr Ahmad.
• Bebas Untuk Berpandangan Tanpa Ilmu.
ŁŲ„Ų¹Ų¬Ų§ŲØَ ŁŁِّ Ų°ِŁ Ų±Ų£Łٍ ŲØŲ±Ų£ŁِŁ
"Dan masing-masing merasa terpesona dengan pandangan-pandangan yang dikeluarkan" - hr Abu Daud.
⚫ "Allahu A'lam"
Di dalam kisah Ashabul Kahfi, Allah mengulangi sebanyak 2 kali ayat yang membawa mesej bahawa segala kekeliruan perlu dirujuk kepada Allah. Pertama ketika Ashabul Kahfi tertanya-tanya sesama sendiri, berapa lamakah mereka tidur. Lantas mereka merumuskan dengan berkata:
Ų±َŲØُّŁُŁ
ْ Ų£َŲ¹ْŁَŁ
ُ ŲØِŁ
َŲ§ ŁَŲØِŲ«ْŲŖُŁ
ْ
"Tuhan kalian lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada di sini" - al-Kahfi 19.
Yang kedua, Allah mengingatkan bahawa Dialah Yang Maha Mengetahui. Pulangkanlah segala persoalan kepadaNya. Allah merakamkan dialog golongan beriman berkenaan keadaan Ashabul Kahfi:
Ų±َّŲØُّŁُŁ
ْ Ų£َŲ¹ْŁَŁ
ُ ŲØِŁِŁ
ْ
"Tuhan mereka lebih mengetahui akan hal mereka" - al-Kahfi 21.
Jawapan 'Allahu A'lam' merupakan adab & disiplin bagi orang Islam ketika berdepan dengan kekeliruan. Ibnu Abbas berpesan:
"Apabila seseorang ditanya akan perkara yang tidak dia ketahui, maka seharusnya dia berkata Allah & RasulNya yang lebih mengetahui"
Allahu A'lam.
No comments
Post a Comment