oleh: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
1. TAHUKAH anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad? Sabda Rasulullah ļ·ŗ:
Ł
َŲ§ Ų§ŁْŲ¹َŁ
َŁُ ŁِŁ Ų£َŁَّŲ§Ł
ِ Ų§ŁْŲ¹َŲ“ْŲ±ِ Ų£َŁْŲ¶َŁَ Ł
ِŁَ Ų§ŁْŲ¹َŁ
َŁِ ŁِŁ ŁَŲ°ِŁِ ". ŁَŲ§ŁُŁŲ§ ŁَŁŲ§َ Ų§ŁْŲ¬ِŁَŲ§ŲÆُ ŁَŲ§Łَ " ŁَŁŲ§َ Ų§ŁْŲ¬ِŁَŲ§ŲÆُ، Ų„ِŁŲ§َّ Ų±َŲ¬ُŁٌ Ų®َŲ±َŲ¬َ ŁُŲ®َŲ§Ų·ِŲ±ُ ŲØِŁَŁْŲ³ِŁِ ŁَŁ
َŲ§ŁِŁِ ŁَŁَŁ
ْ ŁَŲ±ْŲ¬ِŲ¹ْ ŲØِŲ“َŁْŲ”ٍ ".
"Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini." Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Bagindaļ·ŗ menjawab: Walaupun Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi. (HR al-Bukhari)
2. Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad? Menurut al-Imam Ibn Hajar:
ŁŲ§ŁŲ°Ł ŁŲøŁŲ± Ų£Ł Ų§ŁŲ³ŲØŲØ ŁŁ Ų§Ł
ŲŖŁŲ§Ų² Ų¹Ų“Ų± Ų°Ł Ų§ŁŲŲ¬Ų© ŁŁ
ŁŲ§Ł Ų§Ų¬ŲŖŁ
Ų§Ų¹ Ų£Ł
ŁŲ§ŲŖ Ų§ŁŲ¹ŲØŲ§ŲÆŲ© ŁŁŁ ، ŁŁŁ Ų§ŁŲµŁŲ§Ų© ŁŲ§ŁŲµŁŲ§Ł
ŁŲ§ŁŲµŲÆŁŲ© ŁŲ§ŁŲŲ¬ ، ŁŁŲ§ ŁŲŖŲ£ŲŖŁ Ų°ŁŁ ŁŁ ŲŗŁŲ±Ł
"Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain. (Fath al-Bari)
3. Dengan sebab itu Rasulullahļ·ŗ mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun. Sabda Rasulullah ļ·ŗ:
Ų£َŁْŲ¶َŁُ Ų£َŁَّŲ§Ł
ِ Ų§ŁŲÆُّŁْŁَŲ§ Ų£َŁَّŲ§Ł
ُ Ų§ŁْŲ¹َŲ“ْŲ±ِ
"Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini."
4. Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan. Kata beliau:
Ų£ŁŲ§Ł
Ų¹Ų“Ų± Ų°Ł Ų§ŁŲŲ¬Ų© Ų£ŁŲ¶Ł Ł
Ł Ų£ŁŲ§Ł
Ų§ŁŲ¹Ų“Ų± Ł
Ł Ų±Ł
Ų¶Ų§Ł ŁŲ§ŁŁŁŲ§ŁŁ Ų§ŁŲ¹Ų“Ų± Ų§ŁŲ£ŁŲ§Ų®Ų± Ł
Ł Ų±Ł
Ų¶Ų§Ł Ų£ŁŲ¶Ł Ł
Ł ŁŁŲ§ŁŁ Ų¹Ų“Ų± Ų°Ł Ų§ŁŲŲ¬Ų©
Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadan, dan malam sepuluh akhir Ramadan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmu' al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]
5. Atas dasar itu Rasulullahļ·ŗ meletakkan hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita. Bagindaļ·ŗ melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah SWT. Sabda Rasulullahļ·ŗ:
Ł
Ų§ Ł
Ł Ų£ŁŲ§Ł
Ų£Ų¹ŲøŁ
Ų¹ŁŲÆ Ų§ŁŁŁ Ų³ŲØŲŲ§ŁŁ ŁŁŲ§ Ų£ŲŲØ Ų„ŁŁŁ Ų§ŁŲ¹Ł
Ł ŁŁŁŁ Ł
Ł ŁŲ°Ł Ų§ŁŲ£ŁŲ§Ł
Ų§ŁŲ¹Ų“Ų±. ŁŲ£ŁŲ«Ų±ŁŲ§ ŁŁŁŁ Ł
Ł Ų§ŁŲŖŁŁŁŁ ŁŲ§ŁŲŖŁŲØŁŲ± ŁŲ§ŁŲŖŲŁ
ŁŲÆ
"Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah SWT supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid" (HR al-Tabrani)
6. Dengan itu Tuan Puan, dalam minggu ini perbanyakkanlah solat sunat, puasa sunat, bersedekah dan berzikir. Mudah-mudahan kita menerima pahala yang lebih besar dari Jihad.
Semoga Allah membimbing kita.
Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/08/05/hari-lebih-baik-dari-jihad/
No comments
Post a Comment