SEPANG: Gangguan sistem yang berlaku di kedua-dua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 sejak Rabu malam menyebabkan beberapa urusan biasa bagi pihak lapangan terbang dan penumpang terjejas.
Antara yang mengalami gangguan adalah sistem sambungan WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS), kaunter-kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS).
Atas sebab itu, penumpang dinasihatkan agar mengikuti langkah-langkah yang diarahkan Malaysia Airports Berhad (MAHB) bagi mengurangkan kesesakan dan kesulitan di lapangan terbang berkenaan.
Berikut adalah lima perkara yang anda perlu tahu setakat ini, lebih-lebih lagi jika mempunyai urusan penerbangan:
1) Kedua-dua terminal utama KLIA mengalami gangguan sistem secara tidak konsisten sejak malam Rabu, menjejaskan kira-kira 20 penerbangan domestik dan antarabangsa yang berjadual berlepas pada pagi Khamis.
2) Gangguan sistem ini mengakibatkan sekatan pada laman web rasmi MAHB. Para penumpang yang ingin mendaftar penerbangan dalam talian harus membuat pendaftaran melalui aplikasi atau laman web syarikat penerbangan masing-masing.
3) Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS) turut menasihati para pelanggan supaya tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam awal supaya proses penghantaran bagasi dapat dilalukan tanpa gangguan.
4) Aplikasi MYairports juga kini mengalami sekatan, para penumpang dinasihati agar menghubungi kakitangan lapangan terbang jika perlukan bantuan.
5) Gangguan tidak konsisten yang menjejaskan sistem transaksi kad kredit di semua outlet makanan dan minuman di KLIA menyebabkan semua pelanggan perlu menggunakan transaksi tunai.
Pihak MAHB memohon maaf atas kesulitan yang dialami para penumpang, dan kini bekerja keras untuk mengatasi isu gangguan dengan segera.
Difahamkan, masalah gangguan sistem di kedua-dua terminal lapangan terbang itu sedang diatasi secara berperingkat.
PARLIMEN | Putrajaya sedang berusaha membuat pindaan undang-undang yang akan memaksa penyedia platform media sosial mendedahkan data penggu...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment