NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr. Zakir Naik Berceramah Atas Dasar Kasih Sayang


Dr. Zakir Naik Berceramah Atas Dasar Kasih Sayang
Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU, 20, Ogos – Dr. Zakir Naik bukan memecahbelahkan perpaduan tetapi untuk menerangkan kebenaran tentang Islam atas dasar kasih sayang sesama manusia.

Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu, Hajah Zarani Othman berkata Islam adalah agama perpaduan, tugas setiap pendakwah menyampaikan dan terpulang kepada setiap individu untuk menerima atau tidak.

“Inilah tugas para pendakwah, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
ŲØŁ„ŲŗŁˆŲ§Ų¹Ł†ŁŠ ŁˆŁ„ŁˆŲ¢ŁŠŲ©
Yang bermaksud: ‘Sampaikanlah dari ku satu ayat sekali pun.’ (HR al-Bukhari & Tirmizi),” tegasnya yang mewakili muslimat PAS Terengganu berhubung kontroversi membabitkan penceramah bebas itu.

Ketua Muslimat PAS Marang itu yang dihubungi oleh wakil media di sini, untuk diminta mengulas berhubung isu kontroversi mengusir pendakwah bebas itu.

Tambahnya lagi, tuduhan beliau sebagai melampaui batas apabila menyentuh mengenai kaum Cina dan India di dalam ceramahnya, adalah sangat tidak berasas dan kerajaan tidak seharusnya mendengar hanya di sebelah pihak.

“Islam adalah agama perpaduan tugas setiap pendakwah menyampaikan dan terpulang kepada setiap individu untuk menerima atau tidak.

“Sebab dalam Islam, tiada paksaan dalam agama. Itulah sebabnya kita lihat di Malaysia, kita hidup dalam aman harmoni.

” Tidak seperti di India, Myanmar dan termasuklah di negara jiran kita (yang mengamalkan ‘sosial engineering’) di mana rakyatnya didiskriminasi dan berlaku keganasan apabila tidak ada rasa hormat-menghormati sesama bangsa yang berlainan agama

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Mukmin itu bersaudara sesama mereka, tidak seharusnya mereka menzalimi mereka atau menyerah mereka kepada kezaliman.”
(HR al-Bukhari), “jelasnya lagi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo