NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP perlu sahut cabaran debat


KANGAR 3 Ogos - Lim Kit Siang perlu menyahut cabaran berhujah dengan pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik bagi membuktikan parti itu bukan anti-Muslim

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang bersetuju dengan cadangan kerajaan Pas Kelantan mengenai saranan debat itu berkata, sekiranya DAP mengaku bersifat demokratik dan mementingkan alasan serta hujah, Penasihat DAP itu perlu berhujah dengan Zakir.

“Jika tidak, ternyata mereka ini (DAP) golongan yang sebenarnya tidak demokratik dan objektif, sebaliknya hanya atas sikap anti-Muslim, perkauman dan sengaja mencari ruang permusuhan dengan majoriti masyarakat Muslim di negara ini.

“Oleh itu, bagi membuktikan mereka bukan seperti yang didakwa dan ahli politik berfakta, matang serta demokratik, sahutlah cabaran tersebut... Jika mereka berjaya membuktikan dakwaan mereka, Zakir boleh pulang ke negara asalnya.

“Saya juga menggesa orang ramai meminta DAP hadir dalam dialog tersebut supaya ‘Malaysia Baharu’ dibina atas fakta dan kematangan hujah,” katanya dalam status Facebooknya di sini hari ini.

Utusan Online hari ini melaporkan, Kerajaan Pas Kelantan menjemput Kit Siang datang berbahas sendiri dengan Zakir di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada 9 Ogos ini.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dilaporkan berkata, malah semua kos pengangkutan termasuk penginapan serta makan dan minum Kit Siang akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri ini.

Kata Che Abdullah, pemimpin veteran DAP itu juga boleh membawa pembantu seberapa yang diperlukan bagi membantu beliau untuk berhadapan dengan Zakir kerana pendakwah itu mampu berhujah sehingga enam jam.

Kelmarin Kit Siang dalam blognya bersetuju dengan saranan penulis Anas Zubedy agar Zakir meninggalkan Malaysia secara sukarela.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dilaporkan berkata, Zakir perlu meninggalkan negara ini secara sukarela kerana kehadirannya di negara ini boleh mencetuskan ketidakstabilan selain mencetuskan ketidakharmonian dalam ‘keluarga’ besar Malaysia.- UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo