NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bagaimana membantu rakyat yang dah diberhentikan kerja.

Hanya gambar hiasan.

Bagaimana membantu rakyat yang dah diberhentikan kerja.
oleh: YB Mohd Azam Abd Samat

Tolong forward cadangan kepada pihak atasan kalau cadangan ini bernilai.

Ini ada mesej penting

Kepada pekerja yang telah diberhentikan kerja atau dibuang kerja (cth pekerja kilang, hotel atau mana-mana agensi ) mereka haruslah dibenarkan mengeluarkan wang caruman epf sebanyak 10 ke 15 % untuk memulakan hidup baru dengan syarat berikut

1) umur antara 50 dan sebelum 55 tahun
2) tiada pekerjaan
3) kadar pengeluaran dibenarkan 10 ke 15%.
4) simpanan dari akaun 1 atau 2 mana yang mencukupi dengan nilai 10 ke 15% dari jumlah keseluruhan tabungan.

Fakta:
1) tujuan pengeluaran ini utk buat modal grab atau warung kecil dan menampung kehidupan utk sementara mendapat kerja.

2) seandainya pekerja ketika diberhentikan berusia 53 tahun, market utk mereka semakin mengecil. Apakah kerajaan akan membiarkan mereka 2 tahun dalam kelaparan sehingga umur 55 tahun baru boleh keluar semua?

3) mengambil kira jumlah dividen 6% setiap tahun, hanya memerlukan masa 3 tahun sahaja utk mendapat pulangan 100% ketika usia 55 tahun. Tidak ada kerugian langsung dipihak pekerja.

4) dengan cara ini akan nampak jelas Kerajaan peduli rakyat dan tahu apa yang rakyat alami.

Tolong fikirkan.

Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3028806547161111&set=a.450518588323266&type=3


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo