NOTIS:
Apa Yang Geng Liberal Mahu Dalam Wacana “politik Dan Akidah”??
.
APA YANG GENG LIBERAL MAHU DALAM WACANA “POLITIK DAN AKIDAH”??
🚩 Liberalism merupakan salah satu dari falsafah barat yang bertunjangkan manusia. Menurut falsafah barat, tiada yang tetap dan pasti dalam kehidupan kerana fikiran manusia sentiasa berubah dan berbeza. Ia berbeza dengan wahyu yang sifatnya “beyond” manusia dan sebahagian tuntutannya adalah tetap dan kekal sepanjang zaman.
‼ Liberalism mahu supaya tiada sebarang ketetapan yg berteraskan wahyu dalam politik dan ia boleh berubah sesuai dengan sifat kemanusiaan dan tuntutan perubahan zaman. Kejayaan mereka membawa dan mengetengahkan pemikiran ini dalam masyarakat bererti kejayaan mereka dalam memerangi pemikiran Islam dalam politik yang mesti berteraskan kepada wahyu.
🚩Pada asasnya perbincangan aspek politik yang melibatkan hukum fiqh dan aplikasinya dalam realiti semasa bukan isu akidah. Ia banyak dibincangkan dalam al-Siyasah al-Syariyyah yang membincangkan pelaksanaan dalam perkara yang tidak terdapat nas yang jelas. 🚩Oleh itu, ia mestilah berlandaskan kepada 4 prinsip utama dalam politik Islam iaitu keadilan, persamaan, kebebasan dan syura. Walaupun ada 4 prinsip ini, namun tidak boleh mengatasi ketertinggian nas, malahan setiap satu prinsip ini perlu ditafsirkan oleh nas.
🧨 Ini bertentangan aliran liberalism yang mahukan semua perkara ini bebas dari sebarang ikatan wahyu. Mempercayai ketertinggian wahyu dari akal manusia adalah tuntutan akidah Islam. Oleh itu, mereka mahu supaya wacana ini berkesudahan dengan ketetapan dan kesimpulan bahawa “politik tidak termasuk dalam aspek akidah” dan “politik bukan perkara usul dalam agama”. Sekiranya mereka berjaya membawa naratif ini dalam perbincangan dan meyakinkan orang ramai, ini bermakna kejayaan mereka dalam menyerang akidah Islam dan politik Islam yang perlu terikat dengan wahyu.
📌 NARATIF yang mereka cuba bawa dalam isu ini ialah mengaitkan sifat ekstremism kepada sesiapa yang meletakkan politik Islam dalam kerangka akidah. Sebagaimana mereka mengaitkan ekstremism dengan Syed Qutb dengan konsep hakimiyyahnya. Inilah serangan halus yang boleh merosakkan pemikiran Islam. Masyarakat kita pula mudah menerima dan takut dengan label ekstremism yang akhirnya akan memudahkan lagi kerja mereka untuk menyerang pemikiran umat Islam. Apabila mereka berjaya melepaskan ikatan politik dari tauhid, mereka pasti bersorak gembira.
🚩 Politik dan akidah adalah dua perkara yang luas untuk dibicarakan. Kesimpulan dalam wacana ini perlu dibuat secara berhati-hati kerana tersilap membuat kesimpulan akan menjerut umat Islam itu sendiri.
https://www.facebook.com/1068608309825290/posts/2543965412289565?sfns=mo
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment