NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Antara points ceramah Dr Zakir Naik sempena Executive Talks


Antara points ceramah Dr Zakir Naik sempena Executive Talks

Salah Faham Tentang Islam

Setiap muslim perlu ambil tanggungjawab untuk menyampaikan dakwah agar tiada yang salah faham tentang Islam.

1. Jihad
1.1 maksud jihad : strive / struggle
- Ramai yang salah faham jihad hanya untuk orang muslim. Sedangkan orang non-muslim pun boleh berjihad
- apakah pelajar yang berjuang untuk lulus peperiksaan dipanggil jihad?
- Dalam Al-Quran Allah berfirman Surah Luqman Ayat 14 - 15
“... Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. ...”

1.2 Jihad Melawan Syaitan

1.3 Jihad Fi Sabilillah - berjuang di jalan Allah
- biasanya bila sebut jihad, normal akan kata jihad itu jihad fi sabilillah
- Media selalu menyebarkan jihad itu berperang
- Sedangkan dalam Islam jelas menyatakan peraturan tidak boleh menyakiti wanita, jangan sakiti manusia lain, taat kepada pemimpin
- Surah Maidah Ayat 32
“... bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; ...”

Dr Zakir Naik berpesan untuk syarahan lanjut tentang ini, boleh ikuti ceramah beliau dalam “Jihad & Terrorism dalam Perspektif Islam”


#AmeerahKelantan
#IslamMemimpinPerpaduan
#IslamMemimpinWanitaSejahtera
#AmeerahSharing

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo