1-10 ZULHIJJAH - KELEBIHAN YANG DIPANDANG SEPI
oleh: Dr. Muhamad Faisal
oleh: Dr. Muhamad Faisal
šOrang Melayu mempunyai sambutan yang tersendiri bagi memuliakan hari kebesaran Islam. Mereka meraikan sepenuhnya Bulan Ramadan, 12 Rabiulawwal, 27 Rejab, hari ke 10 Bulan Muharram dan sebagainya. Semua hari berkenaan disambut meriah dengan amal ibadat dan tidak kurangnya juga ada budaya yang tertentu seperti bubur Asyura.
š© Namun hari 1-10 Zulhijjah kurang diberikan penumpuan oleh umat Islam khususnya di Malaysia sedangkan Rasulullah berpesan bahawa ia merupakan hari-hari yang Allah sangat suka kita beribadat padanya. Lebih-lebih lagi galakan berpuasa pada 9 Zulhijjah di mana Rasulullah menjanjikan keampunan dari Allah pada orang yang berpuasa, pada tahun ini dan pada tahun lepas.
‼ Masjid dan surau serta organisasi dakwah termasuklah pendakwah perlu menyusun atur program dan aktiviti yang sesuai untuk mengisi tuntutan galakan beramal pada 1-10 Zulhijjah dan terutamanya berpuasa pada 9 Zulhijjah. Ia mungkin bersifat pengisian ugama seperti forum Lambaian Kaabah dan kursus pasca haji; semarak ibadat seperti Qiamullail dan menyedia juadah berbuka puasa; ziarah asnaf dan sebagainya.
š·Rasulullah bersabda:
((Ł
َŲ§ Ł
ِŁْ Ų£َŁَّŲ§Ł
ٍ، Ų§ŁْŲ¹َŁ
َŁُ Ų§ŁŲµَّŲ§ŁِŲُ ŁِŁŁِŁَّ Ų£َŲَŲØُّ Ų„ِŁَŁ Ų§ŁŁَّŁِ Ł
ِŁْ ŁَŲ°ِŁِ Ų§ŁŲ£َŁَّŲ§Ł
ِ -ŁَŲ¹ْŁِŁ Ų£َŁَّŲ§Ł
َ Ų§ŁْŲ¹َŲ“ْŲ±ِ- ŁَŲ§ŁُŁŲ§: ŁَŲ§ Ų±َŲ³ُŁŁَ Ų§ŁŁَّŁِ ŁَŁŲ§ Ų§ŁْŲ¬ِŁَŲ§ŲÆُ ŁِŁ Ų³َŲØِŁŁِ Ų§ŁŁَّŁِ؟ ŁَŲ§Łَ: ŁَŁŲ§ Ų§ŁْŲ¬ِŁَŲ§ŲÆُ ŁِŁ Ų³َŲØِŁŁِ Ų§ŁŁَّŁِ، Ų„ِŁŲ§ Ų±َŲ¬ُŁٌ Ų®َŲ±َŲ¬َ ŲØِŁَŁْŲ³ِŁِ ŁَŁ
َŲ§ŁِŁِ ŁَŁَŁ
ْ ŁَŲ±ْŲ¬ِŲ¹ْ Ł
ِŁْ Ų°َŁِŁَ ŲØِŲ“َŁْŲ”ٍ)). [Ų±ŁŲ§Ł Ų§Ų£ŲŁ
ŲÆ 1968، ŁŲ§ŁŲŖŲ±Ł
Ų°Ł 757، ŁŲ§ŁŁŁŲø ŁŁ].
Maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” [Ahmad, At-Tirmizi].
š·Rasulullah bersabda:
((ŲµِŁَŲ§Ł
ُ ŁَŁْŁ
ِ Ų¹َŲ±َŁَŲ©َ Ų£َŲْŲŖَŲ³ِŲØُ Ų¹َŁَŁ Ų§ŁŁŁِ Ų£َŁْ ŁُŁَŁِّŲ±َ Ų§ŁŲ³َّŁَŲ©َ Ų§ŁَّŲŖِŁ ŁَŲØْŁَŁُ ŁَŲ§ŁŲ³َّŁَŲ©َ Ų§ŁَّŲŖِŁ ŲØَŲ¹ْŲÆَŁُ)) [Ų±ŁŲ§Ł Ł
Ų³ŁŁ
]
Maksudnya: “Puasa pada hari Arafah, Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” [Muslim].
No comments
Post a Comment