NOTIS:
Maqasid Syariah, Bukan Maqasid Tanpa Syariah
▪️Pengenalan
Maqasid syariah mula dibincang secara meluas di Malaysia pada zaman ini. Ia tidak hanya perbincangan berstatus kuliah atau tazkirah di meja penceramah surau dan masjid sahaja. Kini perbincangan maqasid syariah juga dipetik oleh pimpinan dan ahli politik yang berstatus kerajaan negeri mahupun pusat.
Menjadi kewajipan untuk memahami maqasid syariah dengan kefahaman yang sahih agar tidak berlaku slogan atas nama maqasid syariah namun dalam masa yang sama perlaksanaan syariah dipandang sepi.
Malang sekali sekiranya perbincangan displin maqasid syariah menjadi hujah ukuran Islamik walau tanpa perlaksanaan syariah. Sedangkan maqasid syariah terhasil dengan perlaksanaan syariah itu sendiri.
▪️ Maqasid Syariah Menerusi Syariat Islam
Dr Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa maqasid di dalam syariat Islam itu dapat dilihat melalui 2 perkara :
1. Merujuk dan mengkaji ke atas nas yang diturunkan mengapa hukum tersebut diturunkan.
2. Mengkaji cabang-cabang hukum dan menganalisis perbandingan cabang-cabang hukum tersebut di dalam mengeluarkan ketentuan sesuatu sebab hukum tersebut.
Kepentingan maqasid syariah masa kini menjadi kunci utama bagi seorang yang alim dan para penganalisis di dalam mencorakkan ilmu asas yang ada bagi penjagaan maqasid syariah tersebut.
Imam al Haramain al-Juwaini menyatakan :
ŁŁ Ł ŁŁ ŁŲŖŁŲ·Ł ŁŁŁŁŲ¹ Ų§ŁŁ ŁŲ§ŲµŲÆ ŁŁ Ų§ŁŲ£ŁŲ§Ł Ų± ŁŲ§ŁŁŁŲ§ŁŁ ŁŁŁŲ³ Ų¹ŁŁ ŲØŲµŁŲ±Ų© ŁŁ ŁŲ¶Ų¹ Ų§ŁŲ“Ų±ŁŲ¹Ų©
Maksudnya: “Dan barangsiapa yang tidak memahami kewujudan maqasid dalam perintah-perintah dan larangan-larangan syara’, maka ia tidak memiliki pandangan yang jelas dan benar tentang syariah.”
Apa yang perlu diketahui, bahawa maqasid syariah ialah satu ilmu di dalam kita memahami penguasaan objektif dan sebab sesuatu hukum itu diperuntukkan dan begitu juga mengkaji rahsia-rahsia di dalam sesuatu ketentuan hukum berdasarkan hikmah dan munasabah perkara tersebut. Bahkan ia selari dengan kesepakatan para ulama bahawa tiada satu hukum pun termasuklah apa sahaja kejadian ciptaan Allah adalah perkara yang sia-sia.
Firman Allah SWT :
Ł±ŁَّŲ°ِŪŁَ ŪَŲ°ۡŁُŲ±ُŁŁَ Ł±ŁŁَّŁَ ŁِŪَŁٰŁ ࣰŲ§ ŁَŁُŲ¹ُŁŲÆࣰŲ§ ŁَŲ¹َŁَŁٰ Ų¬ُŁُŁŲØِŁِŁ ۡ ŁَŪَŲŖَŁَŁَّŲ±ُŁŁَ ŁِŪ Ų®َŁۡŁِ Ł±ŁŲ³َّŁ َŁٰŁَ ٰŲŖِ ŁَŁ±ŁۡŲ£َŲ±ۡŲ¶ِ Ų±َŲØَّŁَŲ§ Ł َŲ§ Ų®َŁَŁۡŲŖَ ŁَŁٰŲ°َŲ§ ŲØَŁٰŲ·ِŁࣰŲ§ Ų³ُŲØۡŲَŁٰŁَŁَ ŁَŁِŁَŲ§ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØَ Ł±ŁŁَّŲ§Ų±ِ
Maksudnya : “Orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” - Surah Ali Imran : 191
Setiap perkara ada maqasidnya iaitu objektif dan sebab. Cuma mungkin objektif dan sebab berikut sama ada jelas atau tidak, menyeluruh atau terperinci bergantung kepada hukum itu dalam konteks ibadah atau muamalat.
Sekiranya ia dalam konteks ibadah maka objektif itu adalah tidak dijelaskan secara terperinci bahkan tidak dapat dikecapi oleh akal secara mutlak. Ini kerana konteks ibadah ialah ujian kepatuhan seorang hamba kepada Tuhan tanpa memikirkan apa objektif di sebalik itu secara terperinci.
Berbeza dalam konteks muamalat, objektif bagi setiap hukum itu dapat dikecapi dan dinilai berdasarkan sebab dan objektif yang munasabah. Ini kerana konteks muamalat ialah maslahat secara zahir dan jelas yang diperuntukkan ke atas hamba bagi kesenangan hidupnya.
Justeru, sama ada dalam konteks ibadah mahupun muamalat kedua-duanya mempunyai objektif dan sebab cuma sama ada secara terperinci atau secara rambang sahaja. Sekiranya kesemua hukum itu boleh dikecapi secara mutlak oleh akal, maka hukum adalah berdasarkan akal semata-mata tanpa perlu merujuk kepada nas dalil yang diturunkan.
Manakala sekiranya dalam konteks ibadah tidak ada objektif atau sebab ia akan menyebabkan sesuatu hukum itu sebagai sia-sia kerana tiada objektif. Justeru, konteks ibadah juga mempunyai objektif dan sebab cuma ia difahami secara rambang sahaja.
▪️Golongan Pemikiran Terhadap Maqasid Syariah
Perbincangan mengenai maqasid syariah, terbahagi kepada 3 golongan pemikiran iaitu :
1- Golongan yang hanya melihat pada zahir nas sahaja. Tiada ruang perbincangan di dalam peruntukan merancang sesuatu maslahat. Golongan ini dinamakan literalis atau juga zahiriyyah judud ŲøŲ§ŁŲ±ŁŲ© Ų¬ŲÆŲÆ
2- Golongan yang tidak berpegang kepada etika nas, bahkan semua nas sama ada yang bersifaf thawabit (tetap) atau mutaghaiyirat (berubah) adalah diubah berdasarkan maslahat secara mutlak. Golongan ini mengabaikan nas atas nama mencapai maslahat. Golongan ini merupakan perosak yang dinamakan mu’attilah Ł Ų¹Ų·ŁŲ©.
3- Golongan pertengahan antara yang pertama dan kedua. Menjaga perkara yang thawabit (tetap), dan berijtihad dalam perkara yang mutaghaiyirat (berubah) dalam mencapai maslahat menerusi maqasid syariah.
Pengamalan golongan ketiga dalam displin ilmu maqasid syariah ialah :
- Memahami thawabit (tetap) dan mampu menganalisis mutaghaiyirat (berubah).
- Penekanan perlaksaan syariat dahulu diikuti maslahat.
- Keyakinan bahawa setiap syariat yang diturunkan mendatangkan maslahat kepada manusia sama ada segera atau kemudian.
- Setiap apa yang terkandung di dalam syariat adalah untuk kemudahan dan mengangkat kesusahan.
Inilah perbezaan pengamalan antara 3 golongan pemikiran. Menjadi masalah apabila semua perkara dalam agama mahu “ditajdid” atas alasan realiti atau tuntutan maslahat sedangkan ia merupakan maslahat yang mulghah iaitu tidak diiktibar dalam agama Islam.
▪️ Maqasid Syariah Dan Perbincangan Maslahat
Secara asasnya maqasid syariah membicarakan sesuatu maslahat dari sudut dharuriyat khamsah. Ini sebagaimana pada asal perbincangannya yang dikemukakann oleh Imam al Ghazali :
ŁŁ ŁŲµŁŲÆ Ų§ŁŲ“Ų±Ų¹ Ł Ł Ų§ŁŲ®ŁŁ Ų®Ł Ų³Ų© : ŁŁŁ Ų£Ł ŁŲŁŲø Ų¹ŁŁŁŁ ŲÆŁŁŁŁ ŁŁŁŲ³ŁŁ ŁŲ¹ŁŁŁŁ ŁŁŲ³ŁŁŁ ŁŁ Ų§ŁŁŁ
Maksudnya: “Dan tujuan syariat itu ada lima, iaitu: Untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta mereka.”
Lantaran itu, apa sahaja yang ingin dicapai maslahatnya adalah berasaskan perkara asas yang lima disebutkan di atas. Malah penyusunan adalah secara tertib antara 5 perkara tersebut. Iaitu kedudukan menjaga agama adalah paling utama berbanding dengan yang lain.
Tingkatan-tingkatan perbincangan mengenai keutamaan sesuatu maslahat pula boleh dilihat pada :
1. peringkat maslahat : dharuriyat, hajiyat dan tahsiniyat .
2. status maslahat :
° yang diktibar oleh nas iaitu masalih mu’tabarah Ł ŲµŲ§ŁŲ Ł Ų¹ŲŖŲØŲ±Ų©
° yang tidak diiktibar oleh nas iaitu masalih mulghah Ł ŲµŲ§ŁŲ Ł ŁŲŗŲ§Ų©
° yang tiada ketetapan nas dalam menyuruh atau melarangnya iaitu masalih mursalah Ł ŲµŲ§ŁŲ Ł Ų±Ų³ŁŲ©
3. konteks maslahat : sama ada umum atau cabang / khas
4. ketentuan maslahat : yang asal atau hasil daripada maslahat asal.
5. kepastian sesuatu maslahat : yakin, sangkaan atau ragu.
Bagi mereka yang memahami akan maqasid syariah, akal dan otak mereka pasti akan sentiasa berfikir di dalam memastikan setiap perkara dan urusan mereka mendatangkan maslahat dan menolak mudharat.
Hukum yang dikenakan mempunyai illat yang munasabah yang menepati objektif iaitu maslahat ke atas manusia itu sendiri. Cuma yang menjadikan manusia itu tamak haloba ialah mereka hanya memikirkan maslahat dalam jangka masa yang pendek dan segera tanpa melihat kepada maslahat di masa hadapan. Ingat, maslahat yang diberikan kadang-kadang segera dan kadang-kadang adalah kemudian.
▪️ Maqasid Syariah : Antara Pertembungan Nas dan Maslahat
Ibnu Qayyim menyatakan bahawa hukum syariat yang diturunkan ialah semata-mata untuk maslahat manusia di dunia dan di akhirat. Allah Maha Kaya, tidak berhajat kepada maslahat yang terhasil daripada hukum tersebut. Akan tetapi maslahat itu ditetapkan oleh Allah untuk kebaikan hamba-Nya.
Ibn Qayyim berkata :
ŁŲ„Ł Ų§ŁŲ“Ų±ŁŲ¹Ų© Ł ŲØŁŲ§ŁŲ§ ŁŲ£Ų³Ų§Ų³ŁŲ§ Ų¹ŁŁ Ų§ŁŲŁŁ ŁŁ ŲµŲ§ŁŲ Ų§ŁŲ¹ŲØŲ§ŲÆ ŁŁ Ų§ŁŁ Ų¹Ų§Ų“ ŁŲ§ŁŁ Ų¹Ų§ŲÆ ŁŁŁ Ų¹ŲÆŁ ŁŁŁŲ§ ŁŲ±ŲŁ Ų© ŁŁŁŲ§ ŁŁ ŲµŲ§ŁŲ ŁŁŁŲ§ ŁŲŁŁ Ų© ŁŁŁŲ§.
Maksudnya : "Syariat itu, pembinaannya dan asasnya disandarkan kepada hikmah, Maslahah hamba dalam kehidupann dunia dan akhirat, ia adil seluruhnya, rahmat seluruhnya, bermanfaat seluruhnya dan penuh hikmah seluruhnya."
Namun bagaimana mahu memastikan sesuatu maslahat itu berdasarkan nas dan ia tidak bertentangan dengan nas? Ini yang menjadi persoalan utama di dalam menilai hukum atau nas yang ditetapkan di dalam mencapai maslahat yang diperkatakan.
Syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi menyatakan di dalam kitabnya as-Siyasah as-Syar’iyyah bahawa garis panduan antara pertembungan nas dan maslahat ialah :
1. Hakikatnya tidak mungkin berlaku sesuatu nas yang qath’iy (muktamad) dengan sesuatu nas yang yakin. Jika berlaku ia hanya kecelaruan kefahaman pada ukuran sesuatu status nas atau maslahat tersebut.
Perkara ini secara langsung untuk difahami, penetapan sesuatu syariat adalah untuk maslahat dan kebaikan manusia itu sendiri khususnya.
Dr Ahmad ar-Raysuni menyatakan :
Ų§ŁŲŗŲ§ŁŲ§ŲŖ Ų§ŁŲŖŁ ŁŲ¶Ų¹ŲŖ Ų§ŁŲ“Ų±ŁŲ¹Ų© ŁŲ£Ų¬Ł ŲŖŲŁŁŁŁŲ§ ŁŁ ŲµŁŲŲ© Ų§ŁŲ¹ŲØŲ§ŲÆ
Maksudnya: Tujuan-tujuan yang telah ditetapkan oleh syari’at bagi merealisasikan kemaslahatan manusia. (Rujuk Nazhariyyatul Maqasid ‘indal Imam as-Syathibi, hal. 7)
2. Pertembungan antara nas qath’iy dengan maslahat yang sangkaan, maka didahulukan nas tersebut. Ini kerana nas tersebut dilaksanakan adalah untuk maslahat yang terkandung dalamnya.
Tidak diterima kenyataan yang membolehkan sara hidup dengan cara melacurkan diri demi sesuap nasi atas alasan jalan akhir. Sedangkan nas pengharaman zina adalah jelas dan muktamad. Ditambah lagi, ada pelbagai cara lain lagi untuk usaha memperolehi sumber sama ada kerja atau mohon bantuan.
3. Jika nas yang bersifat zhanniyah dilalah (iaitu padanya perbahasan ijtihad), maka mesti dipilih ijtihad yang tepat pada sesuatu tempat dan faktor semasa agar tidak menghilangkan maslahat yang kuat.
Sebagaimana dalam konteks zakat ke atas wang kertas yang menjadi matawang penggunaan seharian. Ia berdasarkan illah yang ada pada konteks perbahasan emas (dinar) dan perak (dirham) iaitu nilai kekayaan (thamaniyyah). Jika statik pada zahir nas semata-mata ia akan meruntuhkan institusi kewangan Islam dan golongan yang layak menerima zakat khususnya fakir dan miskin terjejas.
▪️Maqasid Tanpa Syariah Adalah Batil
Jelas bahawa sesuatu maqasid itu tercapai dengan sesuatu syariat yang terlaksana. Maqasid diukur pada kesempurnaan syariat yang telah dilaksanakan tersebut. Tanpa syariat, hakikatnya ukuran maqasid adalah atas nafsu yang berpaksi doktrin rasionalisme sahaja.
Disebabkan itu, antara dakwaan maqasid yang ingin diperolehi namun tanpa syariat ialah seperti :
i. Menuntut keadilan dalam hukuman jenayah namun tidak menerima sepenuhnya perundangan jenayah Islam khususnya hudud dan qisas.
ii. Menuntut kebebasan atas nama hak peribadi sehingga tanpa mempedulikan batasan dosa dan pahala.
iii. Berbincang keberkatan dalam sistem kewangan, ekonomi dan perbankan namun sistem riba tidak dihapuskan.
iv. Merancang gaya hidup moden namun mengabaikan pemakaian yang patuh syariah.
v. Tuntutan keadilan dalam perjuangan persamaan gender sehingga menolak ketetapan syarak antaranya dalam bidang mirath yang melibatkan pusaka antara anak lelaki dan perempuan.
Kesemua di atas adalah batil kerana maqasid yang disasarkan adalah membatalkan syariat yang diperintah oleh syarak. Malah disebutkan sebelum ini salah satu aliran pemikiran yang rosak ialah mereka menafikan nas semata-mata atas alasan maslahat yang ingin dituntut atau diperjuangkan. Merekalah merupakan golongan perosak atau diistilah sebagai mu’attilah Ł Ų¹Ų·ŁŲ©.
▪️Penutup
Justeru, dalam membincangkan displin ilmu maqasid syariah adalah menjadi satu kepentingan untuk memahami bahawa maqasid syariah itu terhasil dengan perlaksanaan syariah. Maqasid tanpa syariah adalah hanya berteraskan nafsu dan ia batil.
Perangkaan capaian sesuatu maqasid tersebut dalam ukuran maslahat mestilah :
i. maslahat yang tidak bertentangan dengan nas / syarak.
ii. maslahat yang tersusun mengikut susunan keperluan asas yang lima iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
iii. maslahat yang yakin bukannya sesuatu yang syak atau ragu-ragu.
iv. maslahat bersifat umum diberi keutamaan dari maslahat atas kepentingan peribadi.
Justeru, peranan kerajaan dalam hal mengukur pencapaian atau merakyatkan maqasid syariah dalam pentadbiran mestilah kembali kepada method pengamalan yang sahih. Jangan beku semata-mata apa yang tertulis pada lembaran kertas tanpa memahami perubahan dan realiti semasa. Ini merupakan fiqh auraq (ŁŁŁ Ų§ŁŲ£ŁŲ±Ų§Ł) yang tepu tanpa berkembang dengan ijtihad semasa.
Jangan sampai mengesampingkan nas atas hujah dan alasan maslahat. Ini golongan perosak dari isme-isme Barat yang berkiblatkan Rumah Putih. Tuntutan maslahat hanya keinginan nafsu bukan pedoman wahyu.
Maka, bagi mencapai pengukuran maqasid syariah, kerajaan boleh menyusun langkah dan bertegas dalam :
1. Melaksanakan segala syariat Allah yang syumul.
2. Meminda Akta-akta yang menghalang atau menyempitkan bidang kuasa perlaksanaan Islam.
3. Menggubal akta bagi memberi punca kuasa untuk tindakan perlaksanaan bagi kegiatan amar makruf dan nahi mungkar dengan lebih bersepadu dan berkesan.
Namun ingatlah, maqasid tanpa syariah adalah batil walau atas nama yang disolek dengan solekan Islamik.
Disediakan oleh :
Ustaz Dr Muhamad Zuhaili bin Dr Hj Saiman
18 ZulKaedah 1440H bersamaan 21 Julai 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment