NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mangsa Rogol Exco Perak Trauma, Ketakutan


KUALA LUMPUR – Pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa menjadi mangsa rogol kepada exco kerajaan negeri Perak kini berada dalam keadaan trauma dan ketakutan.

Bagaimanapun, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana berkata, pihaknya telah membawa mangsa ke rumah perlindungan dan memberi bantuan awal kepadanya dari segi psikologi serta keselamatan diri.

“Pihak kedutaan akan membantu mangsa dari segenap aspek termasuk kos guaman dan sebagainya. Mangsa ketika ini semakin baik.

“Kita percaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan siasatan dengan telus dalam kes ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi dialong dengan Persatuan Perusahaan Tenaga Kerja Indonesia di sini hari ini.


Minggu lalu, seorang wanita warga Indonesia yang merupakan pembantu rumah kepada exco dari DAP membuat laporan polis kerana mendakwa dirogol oleh exco tersebut.

Bagaimanapun, exco tersebut tampil menafikan dakwaan berkenaan dan mengatakan sangat terkejut dengan tuduhan itu. – UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo