NOTIS:
Kenapa Ahli Parlimen Dap Nak Campur Urusan Orang Islam?
oleh: Dr. Kamarul
Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Anthony Santiago, hari ini meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan kesudian Kerajaan untuk mengikut penghakiman Mahkamah Rayuan di Perak baru–baru ini yang memutuskan untuk membenarkan anak–anak luar nikah disahkan melalui perkahwinan ibu bapa mereka selepas mereka lahir dan adakah penghakiman ini akan dimasukkan ke "standard operating procedure" Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Keputusan untuk membenarkan anak–anak luar nikah disahkan melalui perkahwinan ibu bapa mereka selepas mereka lahir ini bukankah membabitkan kes orang Islam?
Jika benar, mengapa pula Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Anthony Santiago, seorang yang bukan beragama Islam, sibuk-sibuk nak mencampuri urusan orang Islam?
Apa agaknya kepentingan untuk politik DAP kalau anak–anak luar nikah ini dibenarkan untuk disahkan melalui perkahwinan ibu bapa mereka selepas mereka lahir?
Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/2560008134043229
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment