oleh:Abdul Mu'izz Muhammad
1 Jun 2019.
Mutakhir hari ini gelagat politikus non muslim yang cuba mendekati umat Islam dengan gimik-gimik politik tertentu, semakin menimbulkan polemik. Walaupun secara sifir pragmatik, strategi itu dijangka dapat menarik sokongan ramai umat Islam.
Namun mengapa perkara sebaliknya yang berlaku? Yang terjadi adalah, umat Islam semakin merasa tidak selesa dengan gelagat mereka.
Sebenarnya, politikus non muslim perlu faham satu perkara. Bahawa umat Islam tidak meminta mereka melebih-lebih untuk melewati zon ibadat Islam.
Umat Islam tidak mengharap pun mereka bertudung, masuk masjid, beri tazkirah, sampaikan bantuan zakat, baca potongan ayat al-Quran dan seumpamanya. Gimik-gimik tersebut dianggap sebagai cuba menceroboh sempadan privasi ibadat bagi umat Islam.
Bahkan umat Islam cukup sedar bahawa gimik sedemikian adalah palsu yang semakin menimbulkan kecurigaan. Maka barangkali tujuan politikus non muslim menjalankan gimik-gimik politik tersebut kononnya untuk memenang hati umat Islam.
Namun hakikatnya mereka sedang menyentuh sensitiviti umat Islam, dan ini tidak harmonis sama sekali. Mungkin timbul persoalan, mengapa umat Islam terlalu sensitif terhadap agama mereka?
Jawapannya mudah & jelas. Umat Islam berpegang bahawa agama mereka merupakan tatacara hidup yang cukup suci & eksklusif. Dipandu lengkap dengan peraturan hukum.
Justeru cukuplah kami dengan agama kami, sementara kamu dengan agama kamu. Jangan buat pandai masuk campur agama kami, seperti kami pun tidak buat pandai masuk campur hal agama kamu. Inilah persefahaman antara agama yang dipegang oleh umat Islam:
ŁَŁُŁ
ْ ŲÆِŁŁُŁُŁ
ْ ŁَŁِŁَ ŲÆِŁŁِ
"Bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami" - al-Kafirun 6.
Itu sahaja. Kami tidak minta lebih.
No comments
Post a Comment