PAS menggesa ahli dan kepimpinannya agar tidak terlibat dalam penyebaran video hanyir yang sedang diperkatakan umum.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS juga menggesa agar seluruh kepimpinan dan ahli menumpukan kepada perkara yang memberi manfaat kepada ummah.
“Sebagai seorang Muslim sikap kita tetap konsisten dengan apa yang syarak pandu, agar tidak membuat tuduhan (qazaf) melainkan kita melihatnya.
“Di saat pelbagai kemelut ekonomi dan sosial yang dihadapi rakyat, Pas perlu tampil menjadi agen yang membantu bukan menghabiskan masa dan tenaga kepada perkara yang tidak bermanfaat.
“Perkukuhkan jentera parti, perkasakan ukhuwah jamaah dan jaga hubungan dengan ALLAH, agar ALLAH pelihara kita daripada fitnah media sosial yang semakin tidak beradab,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Awal pagi tadi, Setiausaha Sulit kepada seorang Timbalan Menteri membuat pengakuan mengejutkan apabila bersumpah dia merupakan individu dalam sebuah klip video seks bersama seorang lelaki mirip wajah menteri.
Video panas tersebut tersebar sejak semalam.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menggesa Mahkamah Syariah Sabah menghukum individu tersebut atas pengakuannya.
“Sehubungan dengan pengakuan individu tertentu yang membuat pengakuan (berkaitan klip video seks), maka PAS menggesa Mahkamah Syariah Sabah perlu menghukum individu tersebut atas pengakuan beliau.” – Sinar Harian
Kumpulan hak media bimbang dengan cadangan Putrajaya untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, termasuk mengenakan lesen terhadap ...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment