KOTA BHARU – Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke 65 hujung bulan ini.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, beliau menerima bilangan pencalonan yang lebih tinggi berbanding tahun lalu dan menganggapnya sebagai isyarat daripada ahli yang masih memberi harapan kepadanya.
Beliau berkata, terpulang kepada kebijaksanaan ahli untuk memilih siapa yang akan menduduki tiga tempat kerusi Naib Presiden.
“Saya difahamkan pencalonan yang diterima adalah lebih daripada tiga orang.
“Saya tidak tahu siapa calon yang lain selain tiga orang penyandang sedia ada.
“Saya bersetuju pertahankan jawatan kerana ini ruang untuk memberi sumbangan kepada parti terutama pengalaman saya dalam kerajaan,” katanya selepas menerima kunjungan imam tarawih dari Arab Saudi, Syeikh Abdul Rahman Abdul Latif Al Mahmud di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari.
Menurut Mohd Amar lagi, beliau tidak kisah jika tidak menang semula kerana baginya semua yang bertanding adalah rakan-rakannya dalam parti.
“Susah kalau saya nak tarik diri kerana pencalonan tinggi, tengoklah nanti siapa yang akan dapat undi, kita serah kepada ahli, ahli lebih tahu, dia boleh fikir siapa yang layak,” katanya.
Laporan daripada Malaysiakini kelmarin menyebut dua nama baharu yang dicalonkan untuk jawatan Naib Presiden adalah Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz.
Dua lagi penyandang jawatan itu yang dicalonkan semula adalah bekas Ahli Parlimen Changkat Jering, Idris Ahmad dan bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Ir. Iskandar A. Samad. – UTUSAN ONLINE
Hampir semua ahli politik Pakatan Harapan (PH) bertindak mengunci mulut, manakala kebanyakannya enggan memberikan sebarang komen susulan kep...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment