Khususnya kepada Kementerian Wanita dan Keluarga.
Unsur negatif yang mempengaruhi kanak kanak dan remaja hingga menjejaskan perkembangan sihat mereka sudah mencapai skala melangit tinggi.
Unsur pornografi yang mudah di akses terbukti menenggelamkan mereka ke kancah dosa dan maksiat dengan rangsangan nafsu dan cengkaman syaitan.
Akhir akhir ini bahan berunsur porno menjadi tersebar berleluasa bahkan ia dijadikan propaganda politik murahan dan menarik perhatian jiwa muda.
Amat menyedihkan apabila watak terkenal dan pemimpin negara menjadi hero dalam babak yang menjijikkan!!
STOP!
Kanak kanak dan remaja yang menonton, seterusnya berkongsi video dan gambar lucah seperti ini akan terganggu untuk meniru perbuatan keji tersebut.
Kajian membukti ungkapan 'Monkeys see monkeys do' menjadi rujukan.
Kementerian Wanita dan keluarga wajib melindungi kanak kanak Malaysia yang tidak berdosa. Jangan dibiarkan pertelingahan politikus PH menyebabkan generasi akan datang menjadi mangsa.
Hentikan budaya porno PH
Dr Halimah Ali
Ketua
AMALNITA MALAYSIA
Klang
12 Jun 2019
No comments
Post a Comment