Menteri Wilayah Mesti Batal Penganjuran Konferens Gender
1. Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyeru agar Konferens Antarabangsa kali ke-2 Gender dan Seksualiti yang dijangka akan diadakan pada Oktober nanti tidak diadakan di Malaysia dan meminta Menteri Wilayah Persekutuan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Agama mengambil pendirian yang sama dan bertindak serius terhadap penganjuran Konferens ini.
2. DMPM menyokong penuh pendirian Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Haji Mohamad Nordin Ibrahim supaya konferens ini tidak diteruskan dan pendirian Tun Mahathir, Perdana Menteri Malaysia kerana konteks penganjuran ini adalah budaya dan pemikiran Barat, bukan nilai dan budaya yang diterima di Malaysia.
3. Pertama, agenda program serta penceramahnya daripada satu golongan transgender jelas berani menampakkan agenda mempromosikan LGBT. Walaupun masih tidak jelas, siapakah penganjur bersama dari Malaysia terhadap program ini, kita memberi amaran bahawasanya ini bukan norma Malaysia.
4. Kedua, setelah rakyat Malaysia secara terang-terangan menolak ICERD dan segala agenda berkaitan dengannya kerana Malaysia mempunyai tatacaranya yang tersendiri, sepatutnya gerakan antarabangsa dan NGO mengambil langkah menghormati pendirian Malaysia.
5. Tatacara Malaysia diterjemah mengikut Perkara (9) iaitu Islam sebagai agama Persekutuan, amat meraikan kepelbagaian bangsa, kaum dan warna kulit mengikut konteks Islam dan menganggap ianya sebagai anugerah Allah yang menatijahkan keadilan sejagat. Promosi mengiktiraf hak asasi LGBT ditolak oleh Islam, maka kita menolak LGBT. Tidak ada alternatif lain.
6. DMPM menyeru agar kepimpinan Kerajaan Malaysia bertegas terhadap promosi ini sebagai menampakkan usaha serius dengan mengambil contoh ketegasan Singapura yang juga mengharamkan penganjuran yang meraikan golongan sebegini di negara mereka diatas alasan yang sama seperti kita.
‘Islam Memimpin’
YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, ialah Ketua, Dewan Muslimat PAS Malaysia
KLANG - Ahli-ahli DAP digesa supaya memperbetulkan kesilapan dan salah laku yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu dan bukannya menjadi seba...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment