MOHD. HUSSAIRY SIDEK
12 Jun 2019 3:44 PM
SABAK BERNAM - Empat sekeluarga di sini memilih cara tersendiri pulang ke kampung apabila berbasikal sejauh 107 kilometer (km) bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Kesemua mereka berbasikal dari Klang ke Sabak Bernam yang mengambil masa selama 12 jam.
Abdul Rahim Abdul Mahmudin, 55, berkata, idea itu timbul berikutan minat kesemua ahli keluarga terhadap aktiviti berbasikal.
"Tambahan, jalan pulang ke kampung Tebuk Haji Harun di Sabak Bernam selalunya sesak terutama pada musim perayaan selain kerja-kerja pembinaan naik taraf jalan masih dilakukan pihak berkuasa.
"Kami memulakan kayuhan bermula pukul 8 pagi dari Kampung Perepat, Klang pada Hari Raya kedua lalu dan tiba di kampung pukul 8 malam hari sama," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut usahawan tani, kayuhan itu disertai isterinya, Norazarizah Ahmad Zahri, 46 dan dua orang anak perempuannya, Norfathanah Abdul Rahim, 14, dan Norfasihah Abdul Rahim, 12 serta rakan, Raja Hassan Raja Bahrin, 41.
Ujar Abdul Rahim, sepanjang kayuhan itu mereka sempat menziarah beberapa rumah rakan di sekitar Tanjong Karang dan Sekinchan.
"Tidak sangka sepanjang kayuhan itu mendapat sokongan dan ucapan selamat hari raya sepanjang kayuhan itu daripada pengguna jalan raya.
"Kami pulang semula ke Klang pada hari raya keempat dengan melakukan kayuhan basikal juga," katanya.
Jelas Abdul Rahim, mereka sekeluarga berhasrat untuk berbasikal mengelilingi Semenanjung Malaysia pada masa akan depan.- K!ONLINE
http://www.kosmo.com.my/negara/empat-sekeluarga-berbasikal-107km-pulang-beraya-1.916047
NOTIS:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment