NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sejak bilakah Wanita PAN obsesi dengan saya? Memalukan ‘kuali’



oleh: Dr Ridhuan Tee Abdullah

TERUJA saya membaca respond terhadap artikel saya oleh AJK PAN, Senator Raj Munni Sabu @ Aiman Athirah Al Jundi. Nampaknya dia terlalu jahil dalam memahami artikel saya. Nasihat saya, elok mengaji. Sejak bila saya terlebih Melayu?

Yang saya cuba ialah membawa ultra kiasu, termasuk Athirah ini, agar dapat memahami Melayu. Jangan sampai Athirah seorang Melayu tidak kenal diri sendiri itu Melayu Islam.

Dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan, jelas memberikan definisi Melayu itu adalah beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat budaya Melayu. Maksudnya, Melayu dan Islam itu berpisah tiada. Ikut Perlembagaan saya pun boleh menjadi Melayu

Cuba imbau kembali dialog antara Syed Naquib al-Attas dengan bapa ultra kiasu pada tahun 1968. Bapa ultra kiasu ini menuduh tindakan orang Melayu menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah tindakan rasis.

Syed Naquib menjawab, orang Cina, jika memeluk Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu, boleh jadi Melayu. Sedangkan, orang Melayu mana mungkin menjadi orang Cina. Kasihan orang Melayu, pendatang yang mendatang, jika memeluk Islam, dan beberapa syarat yang lain boleh jadi Melayu.

Orang Melayu buat macam mana pun tetap Melayu, tidak boleh jadi bangsa lain. Begitulah baiknya Melayu dalam meraikan kepelbagaian sehingga orang bukan Melayu boleh menjadi Melayu setelah memeluk Islam.

Jika tidak percaya, pergi tanya bapa ultra kiasu ini sebab dia masih hidup lagi menerajui parti ultra kiasu. Parti ultra kiasu inilah juga yang memenangkan PAN dalam PRU14 lalu. PAN begitu terhutang budi kepada parti ultra kiasu sehingga tidak ada keberanian untuk menegur meskipun ultra kiasu begitu jelas menentang dan menghina Islam.

Athirah pernah baca sejarah dialog itu? Jika tidak, pergi baca buku. Buat malu PAN sahaja.

Athirah tidak perlu buang masa menyerang artikel saya, elok sediakan masa menyerang kembali ultra kiasu yang tidak pernah henti menyerang isu berkaitan Islam. Terbaharu, isu pemberian biasiswa kepada rakyat Palestin yang ingin belajar di sini oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nampaknya, ultra kiasu amat tidak bersetuju dengan cadangan PM. Lantas mengarahkan 'cybertrooper' mereka menyerang PM. Kenapa PAN kecut perut tidak berani langsung mengkritik tindakan kurang ajar ultra kiasu yang begitu berani mengkritik cadangan PM.

Kenapa Athirah menikus. Hina sungguh kamu. Artikel saya yang kamu kritik dua minggu lalu tidak ada kaitan dengan kamu, tetapi berkait rapat ultra kiasu. Biarlah ultra kiasu kiasu berurusan dengan saya. Malangnya, kamu jadi jurucakap ultra kiasu. Punyalah kamu bela ultra kiasu seolah-olah ultra kiasu itu suami kamu.

Athirah timbulkan persoalan adakah saya ini menjadi Melayu setelah memeluk Islam? Jawapannya mungkin ya mungkin tidak. Saya adalah insan yang Allah ciptakan berbangsa Cina. Sampai bila-bila saya Cina. Tetapi jika saya beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan berbudaya Melayu, maka saya sudah menepati ciri-ciri Melayu seperti yang dikatakan oleh Syed Naquib.

Tetapi bukan itu yang saya mahukan. Saya akan terus kekal Cina. Cuma semangat saya yang berbeza sedikit. Pertahankan Islam sebab Islam itu terdapat dalam diri Melayu. Faham Athirah.

Siapa kamu Athirah untuk suruh saya berhenti kaitkan Islam dengan Melayu. Dalam Perlembagaan, Islam dan Melayu berpisah tiada. Nak faham artikel saya pun tak boleh, nak suruh tunduk kepada kamu macam mana?

Sejak bila saya sama agama dengan bangsa? Baca dan buka luas-luas mata kamu ketika membaca setiap artikel. Kalau berani lagi, mari kita berdebat?

Kamu kata saya terlebih Melayu, sudah tentu ia lebih baik daripada kamu yang mati hati Melayunya, atau menjadi Melayu yang melayu.

Apa kamu buat ketika Islam dihina dan dikritik oleh musuh-musuh Islam dalam PH? Kamu hanya berdiam diri seribu bahasa, sebab kamu cita-cita nak jadi wakil rakyat PRU akan datang?

Kamu tidak akan menang jika ultra kiasu tidak undi kamu. Inikah amanah yang kamu kata parti amanah. Kamu tidak layak letakkan nama amanah pada parti kamu. Kamu selayaknya digelar PAN sahaja iaitu kuali.

Tidak salah rasanya saya pertahankan Melayu atau UMNO atau mana-mana pertubuhan sekali pun, termasuk Isma, jika mereka mahukan Islam. Tidak salah juga mempertahankan hak-hak Melayu kerana hak itu termaktub dalam Perlembagaan.

Yang salah tu bila duduk diam ketika Melayu, Islam, raja Melayu dihina dan dilanyak. Kamu buta atau tidak melihat program berbuka puasa pemuda PKR seperti pesta sehingga ditegur Anwar Ibrahim? Tegurlah! Kenapa diam?

Rasa berdosa pula tidak mempertahankan Islam, ketika mana rakan sekutu parti Athirah mengkritik dan menghina Islam, Athirah buat diam sahaja. Buang sahaja nama Aiman Athirah yang kamu pakai, tidak sesuai dengan maknanya yang begitu mulia 'yang berkat yang mulia'. Hakikat perbuatan kamu tidak seindah nama. Lebih baik letak nama lain sahaja.

Dengan artikel semudah itu pun kamu tidak boleh fahami, apatah lagi kamu nak fahami ilmu politik yang bukan menjadi bidang kajian kamu.

Buktikan dalam artikel saya, di mana ayat dan paragrafnya saya katakan Islam itu sama dengan Melayu. Sejak dulu saya katakan, Islam itu agama, Melayu itu bangsa. Islam kepunyaan semua, bukan hanya kepunyaan Melayu atau Arab. Sayang sekali seorang pimpinan PAN begitu naif.

Kalau saya nak kata kamu bodoh, marah. Sebenarnya, saya tidak perlu menjadi bodoh sama melayan kenyataan kamu itu. Tetapi atas dasar mempertahankan kebenaran, saya tampil agar tidak menjadi seperti kamu. Jika kamu berani, saya cabar kamu, sediakan platform untuk kita berdebat isu ini. Kalau beranilah.

Sayang sekalipun, sekian lama kamu berada dalam PAS, hanya kerana PAS tidak mahu lagi berkawan dengan ultra kiasu, kamu mengambil keputusan keluar PAS dan menyertai PAN.

Saya berharap bila kamu menyertai PAN, kamu akan menjadi berani dan tegas dalam mempertahankan Islam. Sangkaan itu meleset. Kamu menjadi pengecut dan kecut perut hanya kerana kemaruk undi dan kuasa.

Saya lihat pemikiran kamu ini tidak banyak beza dengan pimpinan PAN lain. Terbaharu, kenyataan Naib Presiden PAN, katanya usaha PAS dan UMNO memeterai piagam bersama sepatutnya turut membabitkan anggota kedua-dua parti pada peringkat akar umbi.

Menurut beliau, pemimpin UMNO dan PAS dirasakan wajar mendapatkan persetujuan daripada penyokong masing-masing untuk merealisasikan piagam berkenaan.

Katanya, hubungan suami isteri pun kadang-kadang bermasalah dan dalam kes tertentu ia boleh membawa kepada konflik yang berakhir dengan perceraian.

Kenyataan ini amat naif sebagai seorang pemimpin politik berpengalaman. Contoh, dalam demokrasi, apabila rakyat memilih PH dalam PRU14 lalu untuk menerajui kerajaan, apakah setiap kali apabila PH membuat keputusan, maka ianya perlu ditanya kepada rakyat untuk mendapat persetujuan?

Tidakkah kamu sedar bahawa rakyat telah memilih wakil rakyat. Wakil rakyat ini yang membuat keputusan. Nama pun wakil rakyat.

Ahli PAS atau UMNO telah memilih wakil mereka. Perwakilan ini yang membawa suara hati rakyat. Takkan setiap kali pimpinan atau wakil rakyat membuat keputusan, kena turun balik kepada rakyat, buat undi semula, bertanyakan kepada rakyat setuju atau tidak.

Tidakkah ahli setiap parti ada platform mereka sendiri. Jika mereka tidak setuju, akan ada Mesyuarat Agung Tahunan atau PRU akan datang. Mereka berhak buat keputusan. Itulah demokrasi. Kenapa jahil sangat dalam memahaminya.

Kasihan saya tengok Athirah dan pimpinan PAN. Saya tidak faham bagaimana mereka ini boleh menjadi pemimpin. Naif sangat.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo