JAKARTA: Pemerintah Indonesia bertindak membataskan akses aplikasi whatsapp, bagi mengawal penyebaran info hasutan dan maklumat palsu berkaitan kejadian rusuhan dan demonstrasi, pasca keputusan Pilihan Raya Presiden 2019.
"#WhatsappDown' di aplikasi twitter, menjadi trending di Indonesia sejak semalam, ketika ramai pengguna aplikasi whatsapp menghadapi kesukaran untuk menerima atau menghantar mesej, video atau gambar.
"Saya mohon maaf, tapi ini sekali lagi sementara dan bertahap (dalam tempoh masa tertentu yang tidak dinyatakan)," kata Menteri Menteri Komunikasi dan Informasi Indonesia, Rudiantara yang dipetik dari laporan agensi berita Antara.
Pembatasan yang akan dilakukan sehingga 25 Mei setakat ini itu adalah mengikut Undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik (ITE), bagi mencegah beredarnya maklumat atau info berkaitan kebencian, dan palsu.
Selain aplikasi whatsapp, pengguna Facebook dan Instagram juga menghadapi masalah yang sama sejak semalam.
Lebih 130 juta rakyat Indonesia menggunakan aplikasi whatsapp, Facebook dan Instagram.
KRISIS PENDIDIKAN: 10,000 PELAJAR TIDAK HADIR SPM – AMARAN UNTUK MASA DEPAN NEGARA Isu ketiadaan 10,000 pelajar menduduki peperiksaan SPM bu...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment