oleh: Dr Ahmad Sanusi Azmi
1. Rancangan Let's Talk Astro Awani dikatakan bakal menampilkan pejuang LGBT Numan Afifi di kaca TV seluruh Malaysia. Rancangan ini walaubagaimanapun ditangguhkan tanpa notis yang jelas.
2. Timbul persoalan di sini. Wajarkah kita memberikan pentas kepada penjenayah untuk menceritakan aktiviti mereka atas nama keadilan dan rahmatan lil alamin? Bukankah penjenayah hanya diberikan ruang setelah mereka bertaubat dan insaf?
3. Konsep Rahmatan lil Alamin sepatutnya menjadikan Muslim bersungguh untuk mencegah kemungkaran. Ini dinyatakan sendiri oleh Baginda Nabi ketika mendengar ancaman dari Abu Jahal yang menyeru Qurasyh untuk memusuhi Islam. Lalu Baginda bersabda:
ŁَŲ§ŁَّŲ°ِŁ ŁَŁْŲ³ِŁ ŲØِŁَŲÆِŁِ، ŁَŲ£َŁْŲŖُŁَŁَّŁُŁ
ْ، ŁَŁَŲ£ُŲµَŁِّŲØَŁَّŁُŁ
ْ، ŁَŁَŲ£َŁْŲÆِŁَŁَّŁُŁ
ْ، ŁَŁُŁ
ْ ŁَŲ§Ų±ِŁُŁŁَ، Ų„ِŁِّŁ Ų±َŲْŁ
َŲ©ٌ، ŲØَŲ¹َŲ«َŁِŁ Ų§ŁŁŁُ Ų¹َŲ²َّ ŁَŲ¬َŁَّ، ŁَŁَŲ§ ŁَŲŖَŁَŁَّŲ§ŁِŁ ŲَŲŖَّŁ ŁُŲøْŁِŲ±َ Ų§ŁŁŁُ ŲÆِŁŁَŁُ
"Dan demi nyawaku yang berada di tanganNya, aku akan memerangi mereka, menyalib mereka, dan memberi hidayah kepada mereka sekalipun mereka dalam keadaan yang membenci. Sesungguhnya aku adalah rahmah yang diutuskan oleh Allah, dan Allah tidak akan mematikan aku sehinggalah Allah memenangkan agamaNya." (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1419H), 5/339; al-Tabrani, al-Mu'jam al-Kabir (Kaherah: Maktaba Ibn Taimiyyah, t.t.), 2/123.)
4. Hadith ini jelas menunjukkan bahawa sekalipun mengisytiharkan ketegasan dalam memerangi kekufuran dan Jahiliah, Rasulullah masih menyifatkan diri Baginda sebagai seorang yang Rahmah.
Ini bererti, ketegasan Baginda dalam menyebarkan iman dan Islam adalah rahmah yang paling besar. Rahmat dalam memberikan hidayah lebih tinggi nilainya mengatasi tolak ansur dalam perkara keimanan.
5. Rasulullah dilihat turut tegas dalam menangani isu kelakuan kaum Nabi Lut ini. Baginda menegaskan bahawa amalan ini adalah perkara yang dilaknat oleh Allah. Tidak seharusnya kita memberi ruang promosi kepada perbuatan terlaknat. Sabda Rasulullah:
ŁَŲ¹َŁَ Ų§ŁŁَّŁُ Ł
َŁْ Ų¹َŁ
ِŁَ Ų¹َŁ
َŁَ ŁَŁْŁ
ِ ŁُŁŲ·ٍ
"Allah melaknat mereka yang melakukan perbuatan kaum Lut." (HR Ahmad)
Menurut al-Imam Ibn al-Jauzi, Rasulullah tidak pernah melaknat pelaku dosa besar sebanyak tiga kali berturut-turut seperti yang dilakukan kepada pelaku homoseksual ini. Di sini jelas menampakkan ketegasan Baginda dalam menangani permasalahan ini.
6. Pendirian tegas terhadap sifat yang boleh membawa kepada kemungkaran ini sepatutnya menjadi satu keutamaan. Ini selaras dengan kebimbangan yang diluahkan oleh JAKIM bahawa populasi gay telah meningkat berkali ganda sejak 2013.
7. Menurut Penolong Pengarah Kanan JAKIM, Dr Mohd Izwan, terdapat kira-kira 310,000 gay berbanding 173,000 gay pada 2013. Peningkat populasi yang membimbangkan kita ini seharusnya menjadikan kita semakin bimbang dengan perkara ini dan bukan menjadikannya sebagai sesuatu yang normal atau sesuatu yang tidak perlu dibimbangkan.
Lihat: http://bit.ly/2vZLoqM
8. Jelas bahawa dalam prinsip Rahmah, kita seharusnya membimbing masyarakat kepada kebaikan dan menyekat ummah daripada mempromosi kemungkaran. Bukan melihat mungkar sebagai satu perkara yang normal sehingga menjadikannya satu proses normalisasi mungkar.
Untuk bacaan lanjut tentang konsep Rahmah, sila baca:
No comments
Post a Comment