SANDAKAN: Air mata calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, Hamzah Abdullah, gugur pada satu sidang media, di sini, hari ini.
Bertanding untuk kali ketujuh dalam PRK kali ini, Hamzah berkata, mahu bebas bersuara dalam memperjuangkan hak rakyat tanpa terikat dengan mana-mana parti politik.
"Saya akan kekal bebas. Saya tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN), dan DAP, atau mana-mana parti. Demi rakyat, saya akan lawan.
"Sebab, masalah rakyat saya tahu. Kadang-kadang ada yang datang minta duit mahu beli beras. Dia datang jumpa saya. Kita bagi RM30, RM40," katanya, lantas dilihat gagal menahan air mata.
Bercakap di Bilik Gerakannya di Pusat Bandar Sandakan, Hamzah berkata, orang ramai sering datang kepadanya meminta bantuan termasuk untuk membayar ansuran bulanan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang tertunggak.
"Mereka sudah disuruh tidur di luar PPRT, lalu datang kepada saya. Kita bantu mana yang mampu walaupun sebenarnya saya bukannya banyak duit pun.
"Hari-hari ratusan orang datang ke tempat saya mengadu masalah mereka dan kesusahan yang mereka hadapi," katanya.
Katanya, sekiranya dia mementingkan diri dan tidak memikirkan kepentingan rakyat, dia pasti sudah menerima jawatan Senator yang ditawarkan kepadanya sebelum ini.
"Tetapi, apa guna jadi senator? Saya tidak mahu jadi 'Yes men' pihak kerajaan. Saya mahu selesaikan masalah rakyat.
"Sebab itu dahulu (Pilihan Raya Umum ke-14) saya bertanding bebas, dan walaupun kalah, saya tetap ikut serta dalam PRK kali ini sebagai calon bebas," katanya.
Menceritakan detik-detik menjelang hari penamaan calon 27 April lalu, Hamzah berkata dua hari sebelum itu dia hanya ada RM13,000 dalam poket dan masih kurang wang untuk bertanding.
"Saya terpaksa gunakan duit anak saya yang dia simpan untuk membeli kereta. Saya tidak mahu ada penderma menolong saya dari segi kewangan kerana tidak mahu terikat dengan mana-mana pihak.
"Saya tidak mahu jadi barua mana-mana pihak atau pencacai. Saya akan kekal sebagai calon bebas," katanya.
Undang-undang menetapkan, seseorang yang ingin bertanding dalam pilihan raya perlu mengemukakan wang deposit RM10,000 bagi kerusi Parlimen atau RM5,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri.
Menurut Hamzah, beliau mahu bebas bersuara di Parlimen jika dipilih menjadi wakil rakyat supaya kerajaan tahu masalah rakyat yang sebenar.
Antara isu yang diperjuangkannya ialah masalah pengeluaran dokumen pengenalan diri kepada warganegara tulen, khususnya daripada kalangan masyarakat miskin dan pedalaman.
Hamzah berdepan persaingan lima penjuru pada PRK 11 Mei ini, menentang Vivian Wong Shir Yee (DAP), Datuk Linda Tsen Thau Lin (Parti Bersatu Sabah) dan dua lagi calon bebas - ahli perniagaan Chia Siew Yung dan bekas pembantu tadir Pusat Khidmat Parlimen Sandakan, Sulaiman Samat.
PRK Sandakan diadakan susulan kematian penyandang Datuk Stephen Wong Tien Fatt daripada DAP pada 28 Mac lepas.
BANGI, Selasa – Tiada keperluan untuk PAS dan Bersatu melayan gesaan rakan parti politik mereka, GERAKAN yang mahu Perikatan Nasional (PN) m...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment