NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peneroka FELDA masih tidak terbela bawah PH


KULAI: Kerajaan PH dilihat gagal memberi pembelaan sewajarnya kepada golongan peneroka FELDA disebalik gelombang perubahan dan mandat kepercayaan rakyat kepada mereka pada PRU14 lalu, selain memungkiri janji dan manifesto.

Jika sekurang-kurangnya 10 tahun dahulu para peneroka masih boleh memperolehi pendapatan RM800, tetapi tiga tahun kebelakangan ini hanya sekitar RM400 sahaja hingga mereka yang mengusahakan 6 ekar dan ke bawah semakin susah.

Ditambah pula, para peneroka terus terhimpit dengan kos baja, racun, upah potong buah dan juga upah penghantaran, sedangkan dibibir pemimpin kerajaan terus mencipta alasan seperti percaturan politik antabangsa dan pasaran.

Sedangkan para peneroka melihat, kuasa kerajaan sepatutnya menangani kawalan harga dari terus jatuh, selain inisiatif seperti mencipta industri hiliran untuk membantu situasi kejatuhan harga dari tidak terkawal.

Antara berkongsi keluhan serupa adalah peneroka veteran, Rohani Abdul Samad, 76 tahun yang mula menjadi peneroka sejak tahun 1971 dan mengusahakan tanah seluas 12 ekar di FELDA Taib Andak, di sini.

Akui beliau, pendapatannya dan hampir semua peneroka kini mengalami kemerosotan ketara, selain dibebani kos dan masalah buah melawas iaitu tidak menjadi hasil untuk dikutip dan dijual, serta sangat bergantung pembajaan.

Beliau juga menyatakan rasa ‘kehilangan’ para peneroka apabila tiada lagi inisiatif tahunan daripada FELDA yang selama ini menjadi galakan kepada mereka kerana dikatakan faktor harga sawit tidak memberangsangkan mutakhir ini.

Rohani turut kesal kerana Bantuan Sara Hidup yang diberikan adalah berupa pinjaman dan hal tersebut menyebabkan para peneroka bimbang terhadap kadar faedah dikenakan ke atas mereka untuk menerimanya.

Beliau juga mempersoalkan janji kerajaan untuk melangsaikan hutang peneroka sebanyak RM5,000, tetapi hanya diberikan kepada ‘orang tertentu’, tidak kepada semua peneroka.

Pertikainya juga adalah nilai RM5,000 itu harus adil untuk peneroka lain yang tiada lagi hutang mereka dengan FELDA di mana ia sepatutnya diberikan tunai kepada golongan itu sebagai menyelaraskan pembahagian atau insentif. - HARAKAHDAILY 1/5/2019

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo