NOTIS:
Peneroka kecewa tiada bantuan raya
1. Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) sebagai NGO ahli gabungan dalam Gerakan Pembela Ummah - UMMAH serta kebanyakan peneroka FELDA pada hari ini menzahirkan rasa kecewa dengan pengumuman kerajaan yang tidak berhasrat memberikan ‘duit raya’ kepada peneroka dengan alasan kedudukan kewangan negara kurang memberangsangkan.
2. Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali mengundang seribu satu perasaan resah buat 112,635 peneroka yang sering mendapat manfaat dari kerajaan sebelum ini.
3. Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) serta peneroka-peneroka FELDA yang lain masih menunggu janji manifesto kerjaan PH dimana hutang peneroka dihapuskan,penyata hutang mereka dapat dilihat dgn jelas, dan harga komoditi sawit lebih baik namun apa yg berlaku ialah sebaliknya.
4. Apa yang dilakukan oleh kerajaan PH pada hari ini telah meletakkan mereka (peneroka FELDA) dalam keadaan tiada pilihan melainkan terpaksa bergantung kepada anak-anak mereka serta sanak saudara yang lain bagi membantu meringankan kos sara hidup serta belanja bagi menghadapi perayaan hari Raya yang bakal menjelma.
5. Saya yakin dan percaya jika kerajaan gagal menangani isu ini maka tiada lagi undi bagi PH dalam PRU15 akan datang khususnya dari warga felda melainkan hanya mereka yang ada kepentingan.
Sekian. Terima kasih.
USTAZ ROSLAN MD ESA
Presiden,
Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment