NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penentuan nasib 5 calon PRK Sandakan bermula

Seramai 270 pengundi awal terdiri daripada anggota polis akan mengundi pada PRK Sandakan hari ini. - BERNAMA

SANDAKAN: Penentuan nasib lima calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan bermula secara rasmi 8 pagi ini apabila 270 pengundi awal terdiri daripada anggota polis akan mengundi awal.

Dua pusat mengundi dengan dua saluran dibuka tepat jam 8 pagi iaitu di Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin Sandakan dan Rumah Kelab Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.

Pusat Pengundian Awal di Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin Sandakan akan ditutup tepat jam 2 petang dengan menyaksikan seramai 192 anggota polis layak menunaikan tanggungjawab mereka.
ADVERTISEMENTSCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Manakala di Rumah Kelab IPD Sandakan akan ditutup tepat jam 12 tengah hari apabila hanya 78 anggota polis akan mengundi di pusat tersebut.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Mohamed Elias Abu Bakar dan beberapa lagi Ahli-Ahli SPR dijangka akan hadir memantau perjalanan proses undi awal tersebut.

Proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh setiap ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang terdiri daripada wakil organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan yang telah dilantik oleh SPR.

Malah, SPR akan menyiarkan proses pengundian ini secara langsung menerusi Facebook SPR.

Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis dan pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian Sabtu ini di pusat pengiraan undi berkelompok di Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua Sandakan dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding serta pemerhati pilihan raya.

PRK ini menyaksikan pertembungan lima penjuru iaitu Vivian Wong Shir Yee mewakili DAP, Datuk Linda Tsen Thau Lin (PBS) dan tiga calon bebas iaitu Hamzah Abdullah, Sulaiman Abdul Samat dan Chia Siew Yung.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo