NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia tetap dengan pendirian berhubung LGBT - Marzuki

PUTRAJAYA: Malaysia sebagai sebuah negara Islam, tetap kekal dengan pendiriannya berhubung lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.

"Kita berpendirian sebagai negara yang berpegang kepada prinsip-prinsip Perlembagaan, Raja-Raja dan agama Islam sebagai agama rasmi, maka perkara-perkara yang menyalahi agama sudah pasti kita akan tolak.

"Kita kena pegang kepada prinsip kita sebagai sebuah negara yang berdaulat dan negara Islam," kata Marzuki kepada pemberita ketika menghadiri Iftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai membalas kenyataan pelakon Hollywood, George Clooney yang dilaporkan memberi amaran kepada Malaysia dan Indonesia berhubung pelaksanaan undang-undang anti-LGBT sebagaimana di Brunei.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo