NOTIS:
Kerajaan Kelantan beri bonus RM250 kepada penghulu, guru agama
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM250 kepada semua penghulu dan guru al-Quran serta Fardu Ain, di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata pegawai halaqat, penyelaras pembangunan armalah Dewan Undangan Negeri (DUN), penyelaras orang kurang upaya (OKU) dan penyelaras teknologi maklumat (ICT) DUN Kelantan turut menerima bonus sama.
“Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri membuat keputusan bersetuju memberikan elaun (bantuan hari raya) berjumlah RM250 kepada semua penghulu, pegawai halaqat, penyelaras pembangunan armalah DUN, penyelaras pembangunan OKU, penyelaras ICT DUN Kelantan serta guru al-Quran dan Fardu Ain.
“Elaun khas atau bantuan hari raya ini akan disalurkan kepada semua terbabit sebelum sambutan Adilfitri tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bonus RM500 kepada lebih 6,000 kakitangan kerajaan negeri, sempena sambutan Aidilfitri.
Ahmad berkata, pembayaran bonus berkenaan membabitkan kos keseluruhan RM3.3 juta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment