Baru-baru ini, pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi yang berlumba untuk pasukan Petronas Sprinta Racing, mengalami kecederaan teruk di tangan selepas terjatuh semasa ujian masa di Litar Jerez, Sepanyol.
Khairul Idham dilaporkan akan berehat sekurang-kurangnya 8 minggu untuk kembali pulih berlumba untuk Petronas Sprinta Racing dalam saingan Moto2.
Berdasarkan laporan rasmi MotoGP, jari kelingking tangan kanan Khairul Idham retak dan terpaksa dimasukkan besi.
Buat masa ni, Mattia Passini akan menggantikan tempat Khairul Idham sebagai pelumba untuk litar MotoGP yang seterusnya, bermula dengan litar Le Mans, Perancis yang akan berlangsung pada 17 Mei sehingga 19 Mei 2019 ini.
Kecederaan Khairul Idham ini agak teruk juga sebenarnya.
Dalam gambar kita nampak Khairul Idham Pawi tersenyum macam tiada apa.
Tapi kesakitan dan kepayahan pelumba negara kita memperjuangkan nama negara di puncak dunia, hanya mereka yang tahu.
No comments
Post a Comment