PASUKAN Pertahanan Udara Diraja Arab Saudi memintas dan memusnahkan dua misil yang didakwa dilancarkan pemberontak Houthi semalam.
Jurucakap tentera Gabungan Arab memberitahu misil tersebut dilancarkan menuju ke Mekah dan Jeddah.
"Ia dimusnahkan di ruang udara Taif dan serpihan projektil pertama jatuh di Wadi Jalil, sebuah lembah luas menuju ke Mekah.
Rakaman video yang menjadi tular di media sosial menunjukkan misil kedua dipintas dan dimusnahkan di ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah.
Difahamkan, ia bukan kejadian pertama kerana pemberontak Houthi didakwa pernah melancarkan misil menyasarkan Mekah pada Julai 2017.
Insiden itu berlaku selepas Riyadh memberi amaran terhadap serangan dron yang menyasarkan stesen pam saluran paip minyak di bandar Dawadmi dan Afif yang memindahkan minyak ke pelabuhan Yanbu dan ke seluruh dunia pada 14 Mei lalu.
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu pada Isnin membentangkan Belanjawan 2025 bertemakan 'Demi Masa Depan Terengganu' berjumlah RM...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment