oleh: Abdul Mu'izz Muhammad
14 Mei 2019.
Akhbar Israel Hayom telah mendedahkan butiran-butiran Deal Of The Century yang mereka sifatkan sebagai pelan damai bersama antara Israel & Palestin. Media pro Netanyahu itu sengaja membuat pendedahan awal, sebelum jangkaannya ia akan diisytiharkan oleh Washington selepas Ramadhan nanti.
⚫ Palestin Baharu.
Deal Of The Century akan membabitkan perundingan 3 pihak, antara Israel, Palestin & Hamas. Walaupun ia dibahasakan sebagai perundingan, hakikatnya pihak Palestin akan didesak & ditekan untuk menerima 'tawaran-tawaran' berat sebelah tersebut.
Agenda yang cukup besar adalah, mewujudkan negara Palestin Baharu yang berada di bawah kawalan Israel hampir keseluruhannya. Negara boneka tersebut akan menguasai Gaza & Tebing Barat. Sekaligus dapat meluaskan sempadan negara Israel.
⚫ Negara Pondan.
Negara Palestin Baharu itu tertakluk di bawah kawalan keselamatan Israel. Antaranya mereka dilarang memilik pasukan tentera & senjata peperangan sendiri. Hanya senjata ringan untuk keperluan polis sahaja dibenarkan. Ini semua ditetapkan atas alasan keselamatan & keamanan.
⚫ Pembiayaan.
Untuk menjayakan projek penubuhan Palestin Baharu, kos sebanyak $30 bilion akan dibiayai secara bersama oleh negara-negara yang pro Deal Of The Century. Amerika akan menyalurkan sebanyak 20%, Kesatuan Eropah sebanyak 10% dan 70% yang berbaki akan dilunaskan oleh negara-negara Teluk.
⚫ Jurusalem.
Jurusalem akan dikuasai & dikawal sepenuhnya oleh Israel. Warga Arab Palestin yang menetap di Jurusalem, masih boleh tinggal di sana. Namun mereka perlu membayar cukai perbandaran & bil air kepada kerajaan Israel.
⚫ Tawaran Dari Mesir.
Mesir akan menawarkan ruang fasiliti kepada Palestin Baharu. Sudah pastilah ia membabitkan Sinai yang bersempadanan dengan Gaza. Kawasan cadangan tersebut untuk menempatkan kemudahan lapangan terbang, kilang, kompleks komersil dan lain-lain sebagai fasiliti bagi Palestin Baharu.
Palestin Baharu tidak dibenarkan untuk menguasai kawasan perairan. Sebaliknya Israel & Mesir akan berkongsi kuasa bagi mengawal sempadan maritim.
Sementara Hamas akan diarahkan untuk tunduk kepada Mesir. Termasuklah senjata-senjata yang Hamas miliki perlu diserahkan kepada Mesir. Habuannya, Hamas akan ditawarkan 'dedak' dari negara-negara pakatan Deal Of The Century sebagai balasan sokongan. Mudah-mudahan Hamas tidak terjebak ke dalam perangkap tawaran mereka.
⚫ Lebuhraya Tebing Barat - Gaza.
Fasiliti lebuhraya yang menghubungkan Tebing Barat & Gaza akan dibina secara bersama oleh negara-negara pakatan Deal Of The Century. China akan menyumbang 50%, Amerika & Kesatuan Eropah sebanyak 10% setiap satu. Sementara Korea Selatan, Australia & Kanada pula akan mencukupkan bahagian yang berbaki.
⚫ Ugutan.
Jika Hamas & kerajaan Palestin yang ada hari ini menolak tawaran Deal Of The Century itu, maka Amerika akan menyekat segala bantuan ke negara terkepung tersebut. Bahkan Amerika akan menyekat saluran kewangan agar tidak ada mana-mana pihak & negara yang dapat membantu mereka melalui transaksi perbankan.
⚫ Realiti.
Pendedahan demi pendedahan terhadap perancangan Deal Of The Century, sepatutnya mengejutkan umat Islam akan realiti yang dihadapi oleh bumi Isra' tersebut. Apa yang didedahkan oleh Israel Hayom minggu ini, kelihatan tidak jauh meleset dari apa yang telah saya nyatakan tahun lepas. Projek Deal Of The Century adalah realiti, bukan teori konspirasi.
NOTIS:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment