Bantahan besar-besaran itu tercetus pada 22 Februari lalu, ketika Algeria menentang keputusan Bouteflika mempertahankan jawatannya sebagai presiden untuk penggal ke-5. |
ALGIERS: Puluhan ribu rakyat Algeria mengadakan bantahan di jalan raya pada Jumaat sebagai membantah pilihan raya presiden yang dijadual pada 4 Julai, lapor agensi berita Xinhua.
Sebelum ini pihak berkuasa bertindak memenjara bekas pemimpin perisik dan saudara lelaki bekas presiden Abdelaziz Bouteflika, serta mendakwa beberapa ahli perniagaan dan ahli politik kerana kesalahan rasuah.
Meskipun langkah itu disambut baik penunjuk perasaan, namun mereka mengatakan permintaan utama iaitu melihat perubahan radikal rejim masih belum ditunaikan.
Bantahan besar-besaran itu tercetus pada 22 Februari lalu, ketika Algeria menentang keputusan Bouteflika mempertahankan jawatannya sebagai presiden untuk penggal ke-5.
Pada 2 April, Bouteflika mengumumkan peletakan jawatannya selepas menerima tekanan kuat pelbagai pihak.
Minggu lalu, presiden sementara dan institusi ketenteraan mendesak pilihan raya presiden diadakan pada 4 Julai berdasarkan perlembagaan.
No comments
Post a Comment