NOTIS:
Ada gerakan terancang berjuang agenda songsang fitrah?
KUALA LUMPUR: Perjuangan songsang yang bertentangan arus, adab, budaya dan agama sedang bergerak secara terancang di negara ini bertujuan untuk memadamkan cahaya Islam.
Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam berkata, pihak-pihak ini menggunakan istilah seperti Liberalisme, Feminisma dan lainnya atas nama perjuangan Hak Asasi Manusia.
Jelasnya, mereka tanpa segan silu membongkar dan melaporkan kononnya di negara ini berlaku diskriminasi, tetapi sebenarnya mereka berjuang dan membantah usaha-usaha menegakkan fitrah.
Malah terang beliau, Statut Rom, ICERD dan seumpamanya diangkat mereka itu sebenarnya mencampuri urusan majoriti rakyat serta status quo yang ada hingga mengganggu keharmonian.
Dr Rosni turut menyentuh isu kematian Pegawai Bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim yang sangat mengusik perasaan kaum ibu atas tragedi menimpa anak muda itu.
"Saya mewakili suara ibu-ibu terutama sekali ibu arwah Adib. Bagaimana perasaannya? Anaknya berjuang, anak yang wira, memperjuang, bertugas untuk rakyat demi negara, telah mati sebegitu tanpa pembelaan," ujarnya mengajak pembelaan. - HARAKAHDAILY 4/5/2019
Sumber: http://harakahdaily.net.my/index.php/berita/10928-gerakan-terancang-juang-agenda-songsang-fitrah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment